Hargai Suri Rumah Kerana Mereka Bekerja 14 Jam Sehari.


Sungguhpun kelihatan suri rumah seperti mempunyai banyak waktu rehat berbanding kerja, tetapi ketahuilah bahawasanya pekerjaan mereka lebih membebankan. Pekerjaan tanpa gaji ini lebih berat jika menguruskan anak-anak kecil dalam keadaan ramai. Antara faktor yang menyebabkan mereka letih menguruskan rumahtangga adalah kerana:



1. Bekerja lama.

Seawal jam 6.00 pagi lagi mereka perlu bangun dan menyediakan kelengkapan anak-anak yang bersekolah, membuat sarapan untuk keluarga serta memastikan semua anak-anak bangun untuk solat subuh dan ke sekolah seperti biasa. Begitulah rutin harian seorang ibu sehingga tengah hari perlu masak, menyediakan pakaian, dan mengemas rumah dan menamatkan pekerjaan mereka jam 8.00 malam.

2. Kerenah anak.

Belum lagi selesai untuk menyelesaikan pekerjaan, mereka perlu melayan kerenah anak-anak yang ramai. Lebih melelahkan lagi jika anak-anak masih diusia yang kecil. Menangis untuk disusukan, merajuk jika tidak dapat apa yang dimahukan, bergaduh dengan adik-beradik yang lain dan bermacam lagi yang perlu seorang ibu tempuh.

3. Kurang tidur.

Sebelum suri rumah tidur, mereka perlu memastikan anak-anak tidur lena terlebih dahulu. Kemudian apabila anak ingin disusukan, mereka harus memberi susu samaada membancuh atau melalui ibu sendiri sehinggalah anak tersebut kembali lena.



Apa tunggu lagi. Sang suami, silakan memberi hadiah untuk mereka. Jika mereka perlukan pertolongan, bantulah. Saat mereka banyak meninggikan suara dalam rumah, sebenarnya hati mereka minta untuk difahami, mereka lelah dan lemah. Fahami mereka, hati suami juga akan tenang nanti.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen