“Kalau Awak Cintakan Saya, Janji Jangan Tinggalkan Saya….”

Pasangan yang bercinta akan menabur janji manis ketika berada dalam suasana yang berbunga atau romantik. Begitu mudah menabur janji sehingga terlupa keadaan atau insan lain di sekeliling. Pasangan yang hangat bercinta juga seperti tidak sedar akan kehadiran orang ketiga kerana setiap hari perasaannya terlalu bahagia, tetapi sampai bila?

Adakah perasaan cinta ini mempunyai tarikh expired?

Ketika bercinta, begitu mudah memberi harapan kepada pasangan kerana kita bagaikan tidak sempat untuk memikirkan masa hadapan. Semuanya dilihat dengan jangka masa yang pendek.

“Hari ini aku ingin bahagia”

“Hari ini aku ingin bergembira”

“Hari esok?......”

“Minggu depan?....”

Kenapa memberi harapan, jika tidak sanggup hidup ketika susah dan senang? Kenapa memberi harapan, jika anda tidak mampu untuk membahagiakan pasangan? Kenapa memberi harapan, jika anda tidak suka pada cabaran?

Kelak atau pada masa hadapan, anda hanya mampu merancang tetapi takdir Allah yang akan menentukan segalanya.

Jangan berjanji jika anda bakal memungkiri janji.

Jangan beri pasangan harapan yang menggunung, jika anda tiada kata putus untuk melamar dirinya.

Berkomunikasi dan berterus terang jika ada masalah kewangan. Berusaha bekerja keras mencari rezeki untuk menyunting hatinya. Jangan meninggalkan si dia jika ada kekurangan. Perbaiki diri sendiri dan pasangan.

Di alam perkahwinan, bukan hanya sekadar cinta yang menjadi pertaruhan. Masa, tenaga dan nyawa juga dalam pertarungan.

Ketika itu, hargailah si dia. Jika pasangan gemar berleter dan sentiasa berkata-kata bersyukurlah anda, kerana anda mungkin akan menyesal jika suatu hari nanti si dia akan diam seribu bahasa.

Jangan membenci si dia, jika anda baru sedar dan mengetahui perilakunya yang sebenar. Kerana sebelum kahwin dia adalah pacarmu, tetapi selepas kahwin dia adalah isteri mu. Bagaimana perilakunya ketika berada di rumah keluarga, begitu juga la sikapnya ketika dengan dirimu.

Jadi, usah meninggalkan pasangan ketika mereka tidak sempurna kerana perasaan cinta itu tiada tarikh expired. Malah mereka bukan sangat sempurna seperti malaikat bahkan bidadari di syurga.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen