Me Time Untuk Suami Dan Isteri.

Me time dikatakan waktu untuk bersendirian. Sama ada suami atau isteri, masing-masing mempunyai komitmen dalam dalam masa lima hingga enam hari seminggu. Strees bekerja atau menguruskan anak-anak itu kadang menyebabkan emosi lebih tertekan. Waktu inilah masing-masing perlu membahagikan masa untuk bersendiri, sama ada shopping, memancing, membaca, menonton filem atau apa saja yang boleh menyelamatkan mereka dari memikirkan pekerjaan atau menguruskan anak-anak.



Menguruskan anak-anak bukan perkara yang mudah. Kita lihat macam senang saja kan? Okay. Kalau senang, sang suami bolehlah berikan masa untuk isteri me time. Tengok lama mana boleh bertahan. Bukan setakat jaga anak, bolehlah try dalam masa yang sama, masak, basuh baju, lipat pakaian. Kalau tak mampu, jagalah anak baik-baik. Pastikan kemas saja apabila isteri pulang ke rumah. Tak adalah bertambah pulak stress dia nanti. Hehehe

Isteri pun boleh juga berikan masa untuk suami keluar sebentar. Keluar sendiri atau bersama kawan lelaki sahaja ya. ehem. Warning awal-awal tu. Hehe bukan apa, tu makna sayang. Ada masa dia juga sangat penat memikirkan hal kerja. Berikan dia ketenangan.



Apapun, bak kata wonder pets, “apa yang penting? Kerjaaasamaaa.” Mungkin boleh buat selang seli sekali seminggu untuk suami isteri. Minggu ni isteri, minggu depan isteri pula. Family time jangan lupa pula. Kesian dekat anak-anak, keluarga di kampung pun pergilah.

Okay, semoga bahagia bersama keluarga tersayang!


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen