Perkara Yang Boleh Dilakukan Dengan Duit Rokok. Berhenti Merokok Dan Jom Menyimpan Bersama Orang Tersayang.

Secara logiknya, kita boleh katakan rokok tiada membawa manfaat kepada diri. Malah lebih teruk ia dapat menyebabkan tubuh badan kita dan orang yang tersayang rosak disebabkan rokok. Apa kata kita berhenti merokok dan bina hidup yang lebih sihat selepas ini. Duit yang sebelum ini kita ‘bakar,’ kita simpan untuk kegunaan yang lebih penting. Kan tu lebih bagus. Peace!



Apa nak buat dengan duit tu? Kami ada idea untuk anda. Jom! Semangat! Katakan harga rokok adalah RM 17 sekotak. Anda sebenarnya dapat membeli atau menyimpan untuk kegunaan tersebut:

1. Simpanan kecemasan.

Mengikut kajian, sebanyak ¾ penduduk Malaysia tidak mempunyai tabung kecemasan. Huh. Dasyat juga. Kalau tiba-tiba berlaku apa-apa yang tidak boleh menggunakan insurans, apa nak buat. Garu kepala sajalah. Simpanlah dalam RM 5,000 untuk tabung kecemasan. Dianggarkan RM 5,000 hingga RM 6,000 lebih boleh dapat dalam masa setahun. Itu pun kadang memang anda gunakan dalam masa setahun. Tak percaya? Cuba tengok. Tayar pecah, gear box rosak macam-macam lagilah. Hehehe

2. Umrah atau haji.

Anggaran umrah RM 5,500 dan haji 10,000. Dalam masa setahun dah boleh buat umrah, tak pun pergi haji dua tahun lagi. Kalau dah buat dua-dua, pergi melancong pun syok juga ya! trylah.

3. Pinjaman Pendidikan atau kereta.

Pening nak bayar wang pinjaman pendidikan? Inilah masanya untuk berhenti merokok. Dapat je duit gaji, terus asingkan. Rokok? Kan dah berhenti. Hehe lupa ke? Bolehlah target dalam dua hingga tiga tahun hutang anda selesai. Memang best kot hidup tanpa dibelenggu dengan hutang. Rasa aman je dunia. Tak gitu? Kalau dah selesai pinjaman, target beli kereta pula. Kira dalam RM 25,000 tu bolehlah dapat dalam tiga hingga empat tahun. Nak bayar deposit dulu pun okay.

4. Rumah.

Nak lagi best, simpan untuk beli rumah. Dapat simpan untuk deposit pun dah okay. Kalau pangsapuri harga sekarang RM300,000. Kau anggar-anggarlah berapa ribu untuk simpan bayar deposit, dapat rumah yang berkenan di hati, boleh beli.



Gunakan dengan apa pun cara anda. Sama ada mahu simpan menggunakan emas, simpan di bank yang boleh block terus ke tabung simpanan, atau simpan dalam tabung kemudian masuk bank, itu terpulang. Bincang dengan pasangan anda. Pasangan kalau nak simpan sama-sama, amatlah disarankan. kata sehati, sejiwa. eh! hehe Yang penting kena konsisten untuk menyimpan. Selama ni boleh konsisten beli rokok, tak kan nak masuk duit dalam tabung pun payah beb! hehehe


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen