Bahasa Badan Lelaki Yang Si Gadis Perlu Tahu Jika Si Dia Sudah Mula Tertarik Dengan Anda.

Apa yang kita akan lakukan jika kita mula menyukai seseorang? Bertanya khabar? Tersenyum tersipu-sipu keseorangan? Atau terus mengajak si dia untuk makan malam bersama? Sebahagian daripada kita, menjadi terlalu malu atau blushing jika rakan-rakan mula mencuba kenen kan anda pada si dia. Tetapi ada juga daripada kita, tidak malu untuk menegur dahulu, kata orang, siapa lambat terlepas!

Jika si dia adalah seorang yang pendiam dan mempunyai keyakinan yang sangat rendah untuk berinteraksi, usah risau, jom baca bahasa badan lelaki yang si gadis perlu tahu!

1. Lihat matanya terlebih dahulu, adakah si dia malu untuk bertentang mata dengan anda? Tetapi seperti mahu meneruskan komunikasi? Okay, cuba yang seterusnya.

2. Lirikan senyuman si dia bagaimana? Jika si dia tidak mahu bertentang mata, tetapi lirikan senyuman tidak dapat menipu. Jika terlihat ekoran senyumannya di hujung bibir, tersipu-sipu sehingga menunjukkan sebaris gigi depan yang tersusun malah tangannya sentiasa menutup mulut kerana malu, si dia pasti sudah tertarik pada anda. Tidak salah ketika ini anda cuba membuat lawak sedikit untuk menceriakan suasana.

3. Jika si lelaki pemalu dan memakai cermin mata, lelaki itu akan sentiasa memegang cermin matanya dan bermain-main dengan cermin mata tersebut. Situasi ini menunjukkan lelaki itu sangat gementar. Seperti biasa, lihat senyumannya dahulu, jika si dia masih tidak tersenyum, kemungkinan lelaki tersebut mempunyai masalah.

Elakkan mempunyai persoalan yang sangat sensitif ketika ini, kerana lelaki ini sangat mudah tercabar ketika emosi nya tidak stabil. Si gadis boleh memulakan perbualan “Kalau awak ada apa-apa masalah, tulis dekat note ni, lekat dekat skrin computer saya okay?”

Atau “Awak nampak macam tak okay, tak apa, saya bagi awak ruang untuk awak luahkan pada saya okay?”

atau “Jangan lupa tanya khabar mak, mesti dia risau kalau tengok awak sedih macam ni”

Dengan perbualan begini pasti lelaki akan cuba mendekati anda, kerana mereka tahu yang anda amat serius untuk berbicara dengan mereka dan mengambil berat.

4. Lelaki yang dominan akan cuba mendekati si gadis dan berinteraksi dengan secara lebih dekat. Mereka juga lebih suka berinteraksi dengan mata yang seakan terjegil kerana mahu melihat anda dengan lebih jelas. Lelaki seperti ini, amat gemar menunjuk sisi maskulin mereka dan mereka tahu dengan macho dan ego mereka, si gadis pasti tertarik.

5. Suara si lelaki akan lebih lantang dan jelas. Memang amat menjengkelkan, tetapi itu lah lelaki, mereka tidak tahu menjadi romantik untuk pertama kali, dengan suaranya sahaja si lelaki mahu yang dia masih wujud di atas muka bumi ini. Hehe. Tetapi ketika lelaki menelefon anda, suaranya seperti di dalam kelambu pula, kerana dengan bisikan si dia mahu anda sentiasa mengingati suaranya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen