Elakkan Perkara Ini Untuk Kekalkan Perhubungan.

Komunikasi adalah suatu yang penting dalam kehidupan. Lebih-lebih lagi apabila wujud hubungan dalam berpasangan. Oleh itu, dikongsikan beberapa perkara yang perlu dielakkan untuk kekalkan perhubungan.



1. Kurang berkomunikasi.

Dalam Islam, kita tidak digalakkan untuk berlebihan dalam berkomunikasi antara lelaki dengan perempuan apabila belum berkahwin. Tetapi, apabila ada hal-hal penting yang perlu diperincikan, sebaiknya setiap pasangan memberikan komitmen dalam isu yang diperbincangkan. Misalnya, hal yang berkaitan dengan persiapan untuk majlis perkahwinan. Kedua-dua pihak hendaklah sama-sama bantu menyumbang idea dan memberikan solusi bagi permasalahan yang timbul.

2. Banyak bersangka buruk.

Sebagaimana yang diketahui, bersangka buruk adalah perilaku yang tidak elok. Dalam hubungan, banyakkan bersangka baik. Sebab, dengan bersangka baik, seseorang akan menjadi lebih tenang, lebih ikhlas dalam bergaul, lebih banyak kebaikan, lebih banyak kasih sayang dan lebih banyak perhatian.

3. Putar belit dalam berkomunikasi.

Komunikasi secara berbelit-belit atau berputar tanpa makna yang jelas akan membuatkan pasangan susah untuk memahami dan malas memahami pesan yang disampaikan sehingga menyebabkan komunikasi tersebut gagal. Hal ini sering terjadi apabila pasangan ingin menyembunyikan sesuatu daripada pasangannya. So, elakkan! hehe

4. Salah faham antara pasangan.

Perlu kita ingat, orang lain tidak akan fikir apa yang kita faham dan orang lain tidak akan faham apa yang kita fikir. Oleh itu, apabila terjadinya salah faham, banyakkan berkomunikasi dan bertanyakan dengan cara yang baik sehingga krisis selesai.

5. Payah menyatakan “maaf."

Setiap manusia tidak terlepas melakukan kesilapan. Apabila kita berbuat salah, segeralah memohon maaf. Ya. Memang payah menyatakan maaf. Tapi pasakkan dalam minda, apabila kita menyatakan maaf, sebenarnya kita adalah “hero”, kerana kita berjaya menundukkan ego. Syabas untuk anda yang selalu menyatakan perkaatan ini walaupun kadang bukan anda melakukan kesilapan.



Anda nak hubungan anda berkekalan? Oleh itu, segera hindari hal-hal yang dinyatakan. “Anda mampu mengubahnya.” Eh. Salah iklan. Hehe Apapun, kita perbaiki kelemahan yang ada ke arah yang lebih baik. Chayok-chayok!


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen