Perkara Yang Perlu Isteri Hindari Ketika Berumah Tangga.

“Ibuuu, engkaulah ratu hatiku.” Ibu atau isteri adalah seseorang yang sangat penting dalam keluarga. Tapi, ada yang menyatakan wanita berkahwin beransur tidak berdikari. Kenapa ya?



1. Terlalu bergantung harap terhadap suami.

Siapa yang tidak rimas jika dirinya setiap masa minta ditemankan. Begitu jugalah suami. Ada kalanya, berdikarilah untuk sang suami merasa bangga terhadap anda. Jika anda wanita bekerjaya, bantulah keluarga dalam mencukupkan keperluan. Ketika mempunyai lebihan wang, adalah lebih baik kita dapat meringankan beban kepada ibu bapa di kampung, membantu suami dalam menampung tabungan kecemasan atau menyumbang dalam meraikan perayaan atau sambutan majlis dalam keluarga. 

2. Kurang bersosial.

Sesekali, sang isteri disarankan bergaul dengan masyarakat setempat. Sertai aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan oleh pihak masjid misalnya untuk melatih multi skill yang boleh diadaptasi dalam rumah tangga. Seiring dengan teknologi, wanita berkahwin boleh juga menggunakan media untuk berinteraksi dengan kawan-kawan. Apa pun, pastikan terkawal.

3. Kurang motivasi.

Merasa rendah diri menyebabkan wanita berkahwin beransur tidak berdikari. Oleh itu, perbanyakkan membaca buku berinspirasi serta menonton rancangan-rancangan yang positif untuk menjadi wanita hebat.

4. Tiada hala tuju.

Meskipun wanita berkahwin tidak bekerjaya, kita perlu mempunyai matlamat yang ingin dituju. Merasa diri sangat berguna untuk keluarga dan masyarakat. Itu hal terpenting. Maka, ini akan menyebabkan wanita berkahwin sangat bahagia. Kerana, “What you gift, you get back.” Apabila kita memberikan kebaikan untuk orang lain, kita juga akan merasa kebaikan dan bahagia.

5. Bersifat keanak-anakkan

Bermanja dengan suami itu perlu. Tetapi hendaklah dikawal juga. Seiring dengan meningkatnya usia, wanita berkeluarga harus menjadi lebih matang dan menunjukkan sikap yang baik di hadapan ahli keluarga.



Anda seorang wanita? Jadilah wanita yang dapat menggoncang dunia. Adanya anda mengispirasi, perginya anda ditangisi. Peace!


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen