Senyum Saat Pernikahan Belum Cukup Mengungkap Bahagia. Sebab Pengantin Menitiskan Air Mata Ketika Di Ijab Kabul.

Hari pernikahan adalah detik yang sangat mendebarkan. Bahkan sebulan sebelum hari pernikahan, kedua mempelai asyik menumpahkan air mata. Tak keruan. Bukan tak mahu berkahwin, tetapi sebak di dada membuatkan air mata menitis. Tidak tahu apa yang bakal dilalui kelak. Apa yang difikirkan oleh pengantin saat itu ya?



1. Diri menjadi milik orang lain.

Bagi seorang wanita, dirinya akan diserahkan kepada seorang lelaki yang belum pernah disentuh, akan bersama dengan si dia di saat suka dan duka.

2. Memikirkan tanggungjawab.

“Bolehkah aku menjadi suami atau isteri yang baik nanti?” Ini persoalan yang bermain di fikiran seorang pengantin. Sedar akan diri yang mempunyai banyak kekurangan, menyebabkan sedikit gerun untuk memikul amanah yang berat nanti.

3. Bakal berjauhan dengan keluarga.

Jika sudah berstatus isteri, sudah semestinya seorang wanita harus mengikuti ke mana sahaja suami pergi. Jika sang suami berkerja jauh, maka jauh jugalah dia akan meninggalkan keluarga yang tersayang. Setelah berpuluh tahun mereka sekeluarga bersama, detik dan saat itu dia akan pergi bersama 'orang baru.'

4. Ibu bapa sudah tiada.

Antara perkara yang boleh menyebabkan pengantin sebak adalah, ketiadaan ibu atau bapa atau kedua-duanya sekali. Mengenangkan jika mereka ada, alangkah indahnya perkahwinan saat ini. Tetapi apakah daya. Kita tidak mampu untuk berbuat apa-apa selain doa untuk kedua ibu bapa yang ada di alam barzakh.



Pernah menangis ketika berkahwin dulu? Simpan kenangan itu elok-elok. Smile! Yang belum merasai, tunggu saat itu ya.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen