5 Langkah Membuat Ujian Saringan HIV Untuk Bakal Pengantin.

Oleh: Rafi

Dapatkan sedikit gambaran tentang proses ujian saringan HIV di sini.

1. Hubungi tempat ujian.

Anda hanya boleh membuat ujian ini di klinik kesihatan dan hospital kerajaan SAHAJA. Hubungi tempat ujian pilihan anda terlebih dahulu untuk memastikan sama ada pusat perubatan tersebut menawarkan servis ujian saringan HIV atau sebaliknya. Ambil kesempatan ini juga untuk mengetahui waktu ujian boleh dibuat. Buat temu janji jika perlu.



2. Bawa kad pengenalan dan RM1.

Untuk ujian ini, anda hanya perlu membawa kad pengenalan dan dan wang RM1.

3. Isi borang.

Borang ini berlainan mengikut lokasi pilihan anda dan pasangan bernikah dan akan disediakan di tempat ujian. Ada banyak yang perlu diisi nanti. Jika mahu lebih selesa, anda boleh bawa pen sendiri.



4. Ujian saringan.

Bagi yang takut-takut dengan ujian darah, jangan gusar. Nanti hujung jari hanya akan dititik sedikit untuk mengeluarkan sedikit darah. Rasa macam semut gigit sahaja. Ujian ini akan menggunakan rapid kit test. Jadi, keputusan ujian boleh diketahui dalam masa 15 minit.

5. Keputusan ujian.

Bagi yang HIV negatif, anda dan pasangan boleh pulang selepas mendapat keputusan. Namun jika ada yang HIV positif, kebenaran anda diperlukan untuk membuat ujian pengesahan. Anda juga akan diberikan sesi bimbingan kaunseling.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen