Usah Terlalu Mengikut Perasaan Kerana Allah Swt Akan Memberi Apa Yang Kita Perlu Tetapi Bukan Kehendak?

Sering kita mempersoalkan mengapa Allah tidak makbulkan kehendak kita. Apa yang kita tidak suka, itu lah yang kita dapat. Berhari-hari menunggu sesuatu yang kita suka, tetapi hampa, usahkan jasad, bayangan juga tidak terlihat. Apakah silap kita sehingga mengharapkan sesuatu, tetapi tidak di makbulkan? Adakah perkara yang kita gemar itu akan mendatangkan keburukan daripada kebaikan?

Konsep jodoh juga sama seperti yang kita jangkakan. Dapat memiliki seorang yang sangat sempurna adalah idaman setiap manusia. Sudah la sempurna, bagaikan bidadari di syurga, siapa pulak yang mahu menidakkan mereka, sudah tentu tiada siapa. Lelaki yang kacak, tinggi bagaikan bangunan yang mencakar langit, tidak pula terlalu putih tetapi hitam manis, maskulin, badan berotot, kaya dan punyai harta. Selain daripada itu, solat 5 waktu tidak tinggal malah rajin mengaji. Aduh cukup sempurna!

Tetapi, tidak semua kehendak kita Allah swt akan makbulkan. Sudah di tetapkan pada azali, rezeki setiap manusia itu berbeza-beza. Mengapa mahu yang sempurna dan terlalu sempurna jika kita tidak sempurna?  Jangan ikutkan nafsu semata-mata! Ada sebab Allah swt hanya memberi apa yang kita perlu.

1. Allah swt mahu mengajar kita untuk redha dengan setiap pemberian-Nya, jika kita sentiasa redha dan positif, kelak Allah akan berikan ganjaran yang kita tidak akan jangkakan.

2. Kadang kala kita tidak sedar dengan dosa-dosa kita pada masa silam. Setiap perilaku kita berkemungkinan adalah untuk menghapuskan dosa-dosa kecil kita yang terdahulu.

3. Jika kita tak punya kemewahan dari segi duniawi, tetapi Allah swt akan berikan kesempurnaan dari segi hubungan kita sesama manusia. Keluarga yang cukup sempurna, tiada penyakit, sahabat-sahabat yang tidak pernah lupakan kita dan sentiasa memberikan nasihat.

4. Dengan akal yang Allah swt telah berikan kepada kita, Dia mahu kita menjadi lebih matang dan boleh berfikir mana yang buruk dan baik, kerana tidak semestinya yang kita tidak suka itu akan mendatangkan keburukan.

5. Allah swt mahu mengajar kita erti rasa syukur dan bersabar.

Ketika datang nya jodoh yang anda rasa kan dia tidak sempurna pada luaran, percaya la, kenali diri si dia dahulu, merisik daripada ahli keluarganya, mana tahu si dia itu tidak sempurna tetapi akan menyempurnakan hari-hari anda kelak.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen