Mengapa Lelaki Itu Memilih Untuk Pergi…

Oleh: Zuzu Yasmine

Kadang kala kita tidak tahu di mana silap kita hingga menyebabkan orang yang kita sayang itu pergi tinggalkan kita. Dalam beberapa kali perhubungan perkara ini kerap berlaku sehingga kita malas untuk mencari pasangan baru. Itu tidak ditambah lagi dengan overthinking menyatakan diri ini banyak kekurangan ataupun si dia yang curang di belakang kita. Tapi sebenarnya ia bukan mengenai kekurangan kita tetapi ia lebih tersilap langkah. Selain itu juga, ia seakan satu perkara yang kaum lelaki ini tidak gemari. Jadi mari kita lihat ke belakang dan kenali punca mengapa si dia meninggalkan kita.



Ini adalah satu perkara yang semua orang pasti tidak gemari iaitu dibanding-bandingkan. Bila kita kerap kata “tengok pakwe dia itu, lebih romantik dari awak”. Ini adalah perkara yang lelaki sangat tidak gemari. Bukan lelaki sahaja yang tak suka dengar, yang wanita ini juga sama aje. Jadi jika dahulu anda kerap membanding-bandingkan pasangan anda. Cuba buang perkara tersebut. Jika hendak menegur pun guna cara yang lebih halus dan lembut.

Selain itu, lelaki ini mudah tercabar jika anda wanita yang mendampinginya itu miliki kerjaya yang lebih bagus darinya. Jadi di sini ego seorang lelaki yang membuat dirinya pergi meninggalkan anda. Mungkin akan ada yang lebih baik akan menerima anda dari segi kerjaya anda itu nanti.



Di samping itu, lelaki tidak gemar jika hidupnya dikongkong. Mereka ini pasti ingin lakukan pelbagai perkara bersama rakan-rakannya. Sebagai contoh, bermain game, futsal, mahupun pergi melepak. Yelah, takkan mereka ini hendak berkepit 24 jam bersama anda. Pasti mereka ini akan merasa rimas lalu memilih untuk pergi meninggalkan anda. Jadi jika anda terlibat dengan perhubungan baru. Anda perlu beri si dia ruang antara masa anda bersamanya, rakan serta minatnya.

Tidak lupa juga, seorang lelaki tidak suka dibebel. Mereka beranggapan bebelan itu hanya akan memperbesarkan satu masalah serta menimbulkan pergaduhan. Nak membebel ini bukan tidak boleh tapi mereka ini lebih minat bebelan yang manja. Jadi tidak lah mereka ini sakit telinga mendengar kata-kata yang keluar dari mulut anda.

Dalam perhubungan banyak perkara yang kadang kala kita tidak perasaan. Ia mungkin akan berlaku secara spontan dan anda tidak menyedari tapi si dia sakit hati pula. Apa kata anda mula perbaiki diri dan kurangkan perkara yang tidak digemari lelaki.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen