Jika Seseorang Cukup Sempurna Di Mata Anda, Anda Sebenarnya Belum Cukup Mengenalinya. Kenapa?

Eh. Ada ke orang yang tak pernah melakukan kesilapan? Tak mungkin kan? Jadi, usah tertipu. Sebenarnya setiap orang ada aib dia tersendiri. Tapi Allah telah menutup aib tersebut. Hatta dia seorang yang alim sekalipun, dia tetap pernah melakukan kesilapan.



1. Dia bukan malaikat.

Jika anda baru mengenali si dia, sudah pasti kelemahan tersebut dapat disembunyikan. Iyalah. Cuba kita masuk ke tempat baru. Pasti tingkah laku laku tiba-tiba berubah menjadi baik kan? Hehehe tiba-tiba je jadi sopan santun budi perekti padahal hakikatnya tuhan je tahu. Apabila sudah lama bersama dengan seseorang, pasti akan terlihat sedikit kelemahan yang ada padanya.

2. Sedang berlakon.

Huh. Hati-hati dengan orang begini. Kata orang, “talam dua muka.” Depan baik, belakang lain. Selidikilah orang yang bersama anda. Jika anda seorang perempuan. Jaga tingkah laku dan usahlah keluar pada waktu malam. Sangat membimbangkan.

3. Pandangan berbeza.

Setiap orang mempunyai pemikiran yang berbeza kerana kita membesar dalam suasana yang berbeza mengikut keluarga, pembelajaran, pemikiran, budaya, tingkah laku dan cara bergaul. Adalah lebih ketara lagi apabila berbeza jantina. Pastinya ada hal-hal yang sering bercanggah. Kalau si dia asyik iakan saja. Bahaya juga.



Apapun, selidikilah seseorang yang anda kenali, lebih-lebih lagi apabila ingin mendirikan rumah tangga bersamanya. Selidik, jangan sampai memudaratkan pula. Apabila dia melakukan kesilapan, maafkanlah dia. kita pun pernah melakukan silap kan?


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen