Tiba-Tiba Sikapnya Berubah? Mari Kenali Si Dia Yang Psiko.

Oleh: Zuzu Yasmine

Sedang kita mencari teman hidup ini, pasti pelbagai jenis manusia yang akan dijumpai. Setiap tingkah laku, dan kisah lalunya pasti ingin kita ketahui dahulu sebelum mengambil keputusan bahawa dia adalah yang terbaik. Tetapi itu menjadi sangat tidak mudah apabila kita berjumpa seseorang yang sangat perahsia. Apabila ditanya mengenai kisah hidupnya, pelbagai alasan yang dibagi. Mungkin mereka ini adalah seorang yang psiko, atau orang yang terlalu obses terhadap diri anda. Bagaimana cara anda mengenali si dia itu seorang yang psiko? Anda perlu lihat tanda-tanda ini dalam dirinya.



Antara yang anda boleh lihat dan nilai ialah mereka ini akan berbohong mengenai masa lalu mereka. Mereka tidak akan bercerita kisah yang benar mengenai kisah percintaan dirinya dan kekasih yang lama. Jikalau mereka berkongsi kisah mereka pun, mereka akan membuat cerita kononnya mereka ini adalah mangsa keadaan menyebabkan hubungan lamanya terputus. Ataupun, dia adalah mangsa yang disakiti hasil percintaan lalu walaupun sebaliknya yang berlaku.

Selain itu juga, mereka ini akan menunjukkan kesungguhan untuk berbaik dengan keluarga anda yang terlampau. Di mana mereka ini akan menghubungi ahli keluarga anda dengan berjam-jam. Dia bukan sahaja cuba untuk berbuat baik terhadap ahli keluarga anda, malah cuba untuk mengorek kisah anda yang lalu.

Mereka juga seorang yang cemburu berlebihan atau cemburu buta. Setiap perkara yang anda lakukan bersama rakan anda pasti tidak disukainya. Bagi mereka ini setiap perbuatan itu salah walaupun hanya sekadar berkawan. Anda mungkin perlu lebih berhati-hati jika anda lihat dirinya mula mencemburui anda kerana ia mungkin akan bertindak menyakiti anda.



Di samping itu juga, mereka ini mempunyai satu sikap di mana moodnya akan sentiasa berubah-ubah. Jika tiba-tiba dia sedang melayani anda dengan penuh baik tapi tiba-tiba dia memarahi anda. Selepas memarahi anda, dia mula bersikap baik semula kepada anda. Mereka ini juga suka menunjukkan romantik secara berlebihan. Romantik yang anda tidak pernah bayangkan. Sah! Kekasih anda adalah seorang yang psiko.

Tidak lupa juga, mereka ini suka menyelongkar hal peribadi anda. Mereka akan mula melihat WhatsApp anda, Facebook anda mahupun Instagram anda secara rahsia. Bukan hanya melihat sahaja, mereka ini akan mula melihat perbualan-perbualan lama anda. Mencari tahu siapa bersama anda dalam setiap gambar yang anda. Dan kemudian memarahi anda mengenai hal ini. Walhal ia adalah perkara lepas sebelum anda berjumpa dengannya.

Jadi jangan butakan mata hanya kerana anda mencintai dirinya. Membuat pilihan yang bijak kerana ia akan berkait dengan kehidupan anda pada masa hadapan. Jangan sesekali mencabar dan melayani kerenah mereka ini, kerana mereka berfikir menggunakan hati bukannya akal fikiran.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen