Cinta Dan Makanan. Makanan Juga Mampu Mengeratkan Hubungan Kekeluargaan!

“All happiness depends on a leisurely breakfast.”  -John Gunther-


Manusia dengan makanan tidak dapat dipisahkan. Apatah lagi dengan perumpamaan trend terkini, wanita dan makanan tidak dapat dipisahkan. Mengapa wanita sangat sinonim dengan makanan? Jangan lupa, mula-mula bercinta untuk bertemu janji, sudah tentu kita mahu menentukan di tempat mana mempunyai makan yang paling sedap. Jika makanan sedap, tidak la spoil temu janji anda bukan?



Di alam perkahwinan juga, jika si isteri sedang memasak di dapur, anak tentu berada di sisi, apatah lagi jika anda mempunyai binatang peliharaan. Kucing juga mahu menyelit meminta makanan. Di mana ada isteri dan makanan anda, di situ lah adanya semua golongan. Anda perlu sentiasa ingat makanan mampu mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Ibu mertua juga sering melihat kepandaian anak menantu perempuannya pandai menguruskan hal di dapur atau tidak? Bijak mencari resipi dan belajar memasak daripada mereka atau tidak? Jika memasak pun failed, bagaimana hendak memikat suami bukan? Kini, lelaki pun sudah ramai mempunyai skill memasak. Isteri yang keletihan selepas pulang daripada kerja tidak perlu bersusah payah di dapur, kerana memilki suami yang pandai masak.


Tidak perlu risau jika pasangan anda hendak ber-diet. Penyediaan makanan yang sihat sangat mudah, tidak perlu banyak minyak untuk menggoreng jika bimbang ia nya akan memercik pada tangan anda. Grill, stim, bakar, adalah tiga cara yang mudah untuk ayam, ikan dan daging. Sayuran juga hanya perlu direbus dah tidak memerlukan minyak untuk memasak.

Jangan lupa pencuci mulut! Setiap kali selepas makan, terutamanya makanan pedas, pasti anda terasa untuk merasakan sesuatu yang manis. Jangan la hanya tahu manis mulut berbicara, seperti lelaki sweet talker. Hubungan anda suami isteri juga perlu ada manisnya. Jangan la simpan sikap romantik anda ketika ini, hanya dengan suapan kek atau coklat mampu mengeratkan hubungan anda!

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen