“Bila Awak Buat Semua Perkara Ini Dan Suami Redha, Pilih Lah Pintu Syurga Mana Yang Awak Mahu” – Pesanan Dari Suami Buat Seorang Isteri.

Oleh: Zuzu Yasmine

Dalam mencari keredhaan Allah, pasti kadang kala hati terleka dan terlalai dengan tingkah laku sendiri. Namun mencari keredhaan Allah itu mudah apabila kita mengikuti perintah dan tidak melanggar syariat-Nya. Bagi yang sudah berumah tangga, seorang suami syurganya di bawah telapak kaki ibunya. Manakala bagi seorang isteri syurganya terletak pada suaminya. Walau bagaimanapun, wanita dikatakan lebih mudah untuk memasuki neraka berbanding lelaki.



Mengenai hal ini, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:


“Aku melihat ke dalam Syurga, maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah fuqara’ (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam Neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah wanita.” (Hadis Riwayat Al- Bukhari dan Muslim).


“… dan aku melihat Neraka maka tidak pernah aku melihat pemandangan seperti ini sama sekali, aku melihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita. Para sahabat pun bertanya: “Mengapa (demikian) wahai Rasulullah?” Baginda s.a.w menjawab: “Kerana kekufuran mereka.” Kemudian ditanya lagi: “Apakah mereka kufur kepada Allah?” Baginda menjawab: “Mereka kufur terhadap suami-suami mereka, kufur terhadap kebaikan-kebaikannya. Kalaulah engkau berbuat baik kepada salah seorang di antara mereka selama waktu yang panjang kemudian dia melihat sesuatu pada dirimu (yang tidak dia sukai) nescaya dia akan berkata: ‘Aku tidak pernah melihat sedikit pun kebaikan pada dirimu.’” (Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari).


Jadi apabila sudah bergelar seorang isteri, ketaatan pada semua perkara adalah penting demi untuk mencapai keredhaan suaminya. Telah jelas seperti yang ditetapkan, seorang isteri itu perlu mentaati suaminya selagi ia tidak melanggar syariat-Nya. Dalam perkongsian saudara Muhammad Ahmad ini, ia mungkin boleh menjadi sedikit renungan dan kesedaran bagi kaum wanita. Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat isteri-isteri dan wanita-wanita yang sedang mencari keredhaan.



2 hari ini isteri saya selalu cakap. Awak, saya risau dan takut bila dengar hadith fitnah akhir zaman ramai wanita akan ikut dajjal dan Nabi Muhammad s.a.w lihat ramai wanita dalam neraka. Antara dosa besar wanita adalah tidak taat suami. Aibkan suami.

Saya diam lama. Dalam kereta saya pegang tangan isteri. Saya sayang awak kerana Allah. Saya sentiasa maafkan awak, saya redha awak. Saya banyak kurang sebagai seorang suami, banyak susahkan awak. Awak baik sangat jaga saya. Banyak perkara lagi saya tidak tunai tanggungjawab sebagai seorang suami.

Saya pesan dekat isteri dan ini mungkin semua pembaca boleh cakna. Jagalah solat awal waktu, lagi 5 minit nak masuk waktu kena bersiap. Habis azan terus solat. Jaga aurat. Nak jemur baju di luar rumah pun kena tutup aurat. Banyakkan sedekah, jaga kebersihan diri, jangan tinggal Tahajjud dan Dhuha.

Jika awak buat semua ini dan suami redha terhadap awak. Allah janji pilihlah pintu syurga mana yang awak mahu. Senangkan isteri nak masuk syurga. Jawab saya dekat isteri.

Tuan puan. Berkasih sayang lah kerana Allah s.w.t. carilah redha Allah dalam hubungan suami isteri. Berusahalah untuk jadi suami isteri yang lebih baik dari semalam. Bahagia itu mahal, apa guna jika sebuah perkahwinan itu buatkan kita tidak bahagia.

Para suami didiklah isteri ke arah agama yang sempurna. Berlemah lembut lah terhadap mereka. Jagalah perasaan mereka. Hargailah mereka.

Moga Allah beri bahagia kepada kita semua dalam keredhaannya. Moga Allah mudahkan perjalanan kita untuk menuju ke syurga.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen