Nukilan Hati Sang Lelaki Yang Gadis Perlu Tahu.

Ketika di kampung halaman dan mempunyai pekerjaan yang biasa-biasa sukar pula untuk meminang si gadis sekarang. Sudah la cantik dan sejuk mata memandang, sopan pula, pandangan pun sentiasa ke bawah. Nak mengorat pun takut sebab terasa diri ini tidak layak dan tidak sempurna.

Aku hanya lah seorang lelaki biasa, belajar pun setakat STPM, kerja hanya di kilang. Bekerja dekat di kampung kerana mahu menjaga ibu bapa yang sudah di mamah usia. Adik-adik masih lagi bersekolah untuk ditanggung. Selain itu bergaul pun tidak dengan ramai orang, apatah lagi dengan perempuan. Malu.



Laman sesawang menjadi pilihan untuk mencari jodoh. Ada yang berkenan di hati. Tetapi gadis itu tinggal di bandar dan nampak seperti orang senang, tahap pelajaran pula lebih tinggi darinya. Cuba beranikan diri untuk menegur, tetapi ditolak. Masih lagi tidak berputus asa, tetapi masih juga kecundang.

Mungkin aku ni hodoh sangat. Getus hatinya. Penampilan di ubah sedikit, minyak rambut di sisip rapi ke rambut. Mengambil gambar yang sempurna untuk dilihat kepada orang ramai. Setelah beberapa hari, beberapa jam, masih menunggu.

“Mak, along nak cari kerja kat bandar, gaji tinggi sikit”

“Alhamdulillah, mak doakan along dikurniakan rezeki melimpah ruah dan senang mendapat jodoh”


Di tempat kerja, setelah beberapa bulan fokus hanya pada kerja, datanglah seorang gadis untuk berkenalan. Setelah beberapa bulan berkenalan, ditolak oleh ibu bapa si gadis, kerana tidak berpangkat besar dan tidak punya harta yang banyak. Rumah hanya di kampung halaman. Padahal keluarga si gadis tidak la sekaya mana, tidak pula punyai harta yang banyak.

“Mak, kenapa susah sangat Along nak kawin ni?”

“Solat 5 waktu jangan tinggal, jangan lupa solat sunat dhuha sekalikan dengan surah Al-Waqi’ah. Along ada doakan untuk mak dan ayah supaya dijauhkan dengan api neraka? Di panjangkan umur dan sihat tubuh badan? Nanti kau kawin, tapi mak tak sempat nak tengok sebab dah di jemput ajal. Kucing tu, jangan la kau tendang dia, tak masuk rezeki nanti”

Menangis hati sang lelaki, pendirian masih tidak lagi kukuh, ibadah masih lagi terumbang ambing, masih ada hati untuk menjaga anak dara orang. Bagaimana untuk menjadi imam di kelak hari? Susahnya menjadi lelaki kan?

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen