Cinta Itu Tindakan Bukan Sekadar Perasaan...

Oleh: Zuzu Yasmine

Apa itu cinta? Adakah cinta itu melibat hati dan perasaan sahaja? Adakah apabila satu pasangan tidak sehaluan mereka perlu berpisah?



Cinta itu melibatkan perasaan dan tindakan, ia juga tidak semudah mengucapkan I love you. Cinta itu bukan satu ungkapan yang manis yang perlu diperkatakan tapi ia juga lebih kepada tindakan kita kepada orang yang kita cinta. Jika pasangan anda hanya mengucapkan I love you, ia belum tentu cinta sejati tetapi boleh jadi hanya rayuan perasaan. Buat suami isteri, bukti besarnya cinta kamu itu bukan hanya selesai akad nikah tetapi tindakan selepas itu. Seseorang yang mencintainya, akan membuat diri pasangannya bahagia dengan tindakan sehingga ke akhir hayat.

Mencintai seseorang dengan menggunakan perasaan tanpa menggunakan tindakan akan cepat luput sebelum waktunya. Kasih dan cinta itu akan cepat berubah walaupun hari-hari anda mengucapkan kata cinta. Bagaimana cara anda untuk menyemarakkan cinta yang layu itu agar kembali segar seperti sebelumnya?



Apabila anda sudah mula rasa bosan terhadap perhubungan anda, ulang semula perkara yang dilakukan sebelum berkahwin atau semasa mula bercinta. Jika dahulu anda membawanya makan di luar setiap malam, lakukan itu semula. Begitu juga, jika anda dan pasangan kerap pergi bercuti sebelum ini, pergi ke tempat yang anda selalu bercuti. Lakukan semula tindakan yang anda pernah lakukan kepadanya semasa baru berkahwin ataupun ketika bercinta. Pasti rasa bosan akan mula hilang, maka timbullah rasa cinta dan kasih semula terhadap pasangan.

Jikalau anda kehilangan rasa cinta terhadap pasangan anda kerana dia tidak lagi mengendahkan anda. Apabila dia sudah tidak menyambut anda pulang mahupun mendengar luahan hati anda. Imbas kembali janji-janji yang pernah anda katakan kepadanya. Apa kata anda tunaikan janji yang tidak pernah anda lakukan itu. Jika anda pernah berjanji ingin menolongnya melakukan kerja rumah, maka lakukanlah ia. Tunaikan segala yang anda telah janji. Pasti hati pasangan anda akan mula menumpukan anda semula. Kebahagian akan mula nampak semakin jelas selepas itu.

Jadi, jangan anda mencintai pasangan anda melalui perasaan tetapi cintailah dirinya melalui perbuatan. Kerana setiap perbuatan itu akan menunjukkan anda benar-benar mencintai dirinya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen