Pening Duit Hantaran Belum Cukup? Amalan Menjemput Rezeki Sebelum Bernikah.

Hari perkahwinan semakin dekat, tapi duit hantaran belum cukup lagi, banyak perkara yang belum settle? Macam mana nak urus ya? Serabut juga. Relaks. Setiap perkara mesti ada jalan keluar. Jom lakukan amalan ni.



1. Perbanyakkan istighfar.

Apa yang ajaibnya tentang istighfar ini adalah selain dia dapat menghapuskan dosa kita, ia juga bahkan dapat mengabulkan permintaan kita. Ialah, bila dosa-dosa kita diampunkan, barulah semua urusan akan dipermudahkan. Tak gitu? Hehe

2. Sedekah.

“Sedekah? Habislah duit aku. Makin kurang nanti.” Tak. Percaya apa yang saya katakan. Dengan sedekah, kita tidak akan menjadi miskin, bahkan Allah tambahkan lagi rezeki kita. Tak percaya? Sila buat.

3. Solat Dhuha.

Solat dhuha boleh membuka rezeki. Dalam doa solat dhuha juga terdapat doa untuk membuka rezeki kita. Hayati doa tersebut betul-betul ulanglah setiap hari. Moga Allah mudahkan memberi rezeki kepada kita.

4. Banyakkan berdoa.

Mintalah kepada Allah kerana dia pemberi rezeki kepada kita. Allah itu amat dekat dengan hambanya. Usahlah kedekut dalam doa. Minta, minta dan mintalah kepadanya, nescaya Dia perkenankan.



Dengan mengamalkan semua ini, insyaAllah duit hantaran pun tak pening. Jemput saja rezeki tu, mana tahu ada orang nak sponsor untuk majlis nanti. Jeng jeng jeng


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen