5 Sebab Perlu Berhenti Merokok Sebelum Mendirikan Rumah Tangga.

Azam untuk berhenti merokok adalah pilihan terbaik untuk seseorang sebelum mendirikan rumah tangga. Sebagaimana yang diketahui, merokok adalah amalan yang tidak baik untuk dilakukan. Sebaiknya berhentilah seawal yang mungkin sebelum berkahwin, kerana merokok bukan sesuatu yang mudah untuk dikawal. Apabila telah menjadi kebiasaan, tabiat itu sukar untuk dibendung. Sebab kenapa perlu berhenti merokok sebelum mendirikan rumah tangga:



1. Menjejaskan kesihatan diri.

Kita menginginkan diri dan pasangan hidup bahagia kelak. Tetapi dalam masa yang sama kita telah menghancurkan impian itu. Bukankah jika kita sayangkan pasangan, kita sepatutnya membuang tabiat yang tidak elok itu. Cuba bayangkan jika kita sakit, siapa yang akan menangggung sama risiko yang dihadapi? Bukankah pasangan kita yang perlu ulang alik ke hospital, membuat pembayaran rawatan, menjaga anak ketika sedang sakit.

2. Menjejaskan kesihatan keluarga.

Walapun kita tidak merokok dihadapan mereka, kesan sampingan itu masih terkena terhadap ahli keluarga. Malah ada yang menyatakan kesan orang yang menghidu lebih teruk daripada orang yang menghisap.

3. Membazir.

Merokok tidak membawa apa-apa faedah terhadap diri. Penulis mencadangkan, adalah lebih baik simpan duit berkenaan untuk wang hantaran nanti. Cuba kita bayangkan, RM 17 x 365 = RM 6205 bermakna kita telah pun bazirkan wang sebanyak itu dalam tempoh masa setahun. Kan lebih baik kalau duit itu disimpan untuk wang hantaran. Jika kita ingin berkahwin dalam masa setahun dua lagi, ini cadangan terbaik untuk dicuba. Good luck!

4. Teladan tidak elok kepada keluarga.

Seorang ayah dia tahu akan keburukan merokok, dia melarang anaknya untuk menghisap rokok, tetapi dalam masa yang sama dia juga merokok. Bukankah ini dikatakan “bagaikan ketam mengajar anak berjalan lurus.” Jadi, hindarilah perkara ini lebih awal, mudah-mudahan anak-anak kelak tidak merokok juga.

5. Pandangan Islam.

Setelah diteliti secara mendalam kemudaratan merokok, Muzarakah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan menyatakan merokok adalah haram menurut Islam.



Apa tunggu lagi? Ini masa terbaik untuk berhenti. Anda sayangkan pasangan? Lakukan yang terbaik untuk mereka.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen