Adakah Cinta Pandang Pertama Akan Berkekalan?

Perjalanan hidup manusia itu berbeza-beza. Ada yang bertemu jodoh di sosial media, ada juga bertemu jodoh di kalangan rakan-rakan sekolahnya, dan ada juga di pejabat tempat kerja. Tetapi bertemu jodoh ketika melintas jalan? Mustahil! Bagaimana kita boleh tertarik dengan mereka yang hanya boleh lihat dengan sekilas pandang? Jodoh tidak kira, masa dan tempat.



Adakah dengan sekilas pandang, anda boleh jatuh cinta pada si dia? Lalu meneruskan langkah untuk mengikat tali perhubungan?

Tidak dinafikan ada juga sebahagian daripada mereka, mengalami situasi begini. Mengambil anggaran masa yang berapa lama untuk anda mengenal hati si dia?

Cinta pandang pertama sering dikaitkan dengan cinta hanya pada luaran sahaja. Jika anda bertemu jodoh di sosial media, bagaimana pula anda mahu melihat penampilan luarannya? Jika si dia tidak meletakkan gambar dirinya yang sebenar? Di samping itu, anda berdua menghubungi antara satu sama lain hanya dengan menelefon si dia, adakah dengan suara sudah boleh jatuh hati? “Kalau dah jodoh”



Jangan menidakkan rezeki Allah. Jangan menidakkan takdir Allah. Kita hanya merancang, tetapi Allah yang menentukan segala-galanya. Pilihan kita untuk mencari jodoh dengan cara yang bagaimana. Jika hati sudah tetap untuk bertemu jodoh dengan cara yang tidak dijangka. Maka tidak terjangka lah Allah temukan anda dengan si dia. Allah Maha mengetahui isi hati anda, sama ada cepat atau lambat sahaja Allah makbulkan.

Seperti perancangan sebagai manusia normal, sudah tentu anda inginkan ta’aruf yang sempurna. Kali pertama melihat si dia anda telah jatuh hati, usaha untuk pikat si dia dengan cara yang betul. Risik dirinya melalui laman sosial, sahabat atau keluarga terdekat. Tiada apa yang mustahil, semuanya pasti ada jawapan. Jika semuanya di redhai Allah, dengan izin Allah semoga berkekalan hubungan anda berdua.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen