Jangan Terlalu Mengejar Yang Sempurna Sehingga Terlupa Yang Baik Di Depan Mata.

Oleh: Zuzu Yasmine

Pilihan pasangan yang terbaik adalah seseorang yang mencintai anda bukan anda yang mencintainya sepenuh hati. Setiap perilaku orang yang lebih mencintai anda, akan ada keikhlasan yang anda dapat rasai. Rasa disayangi dengan lebih tulus dalam satu perhubungan yang begitu memudahkan dan menyenangkan. Hidup ini sudah ditentukan, dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Kita sebagai hamba yang lemah ini perlu mensyukuri segala-galanya yang telah diberikan. Jika pasangan itu mempunyai kekurangan, maka berdoalah kepada-Nya agar anda menjadi pelengkap kesempurnaan itu.



Sebagai insan yang mempunyai kekurangan diri ini, anda hargailah pasangan anda yang ada di depan mata. Segala kekurangannya anda sempurnakan melalui kelebihan anda. Hargai setiap usahanya untuk menjadi yang terbaik untuk anda. Sentiasa menghargai perbuatannya dalam menunjukkan dia adalah pasangan yang terbaik untuk anda. Belajar menerima segala kekurangan dirinya. Di samping belajar untuk mencintai dirinya seadanya.

Kehadirannya anda pandang dari sudut yang positif. Mungkin si dia membawa satu hikmah yang besar dalam hidup anda. Mungkin juga ia akan membawa perubahan yang baik satu hari nanti. Jika anda hanya melihat keburukannya sahaja bagaimana anda untuk menerimanya. Jadi beri si dia peluang untuk berbaik-baik dengan diri anda. Buka hati untuk menerima kehadirannya di sisi anda.



Beri mereka ini peluang untuk buktikan kesungguhan cintanya pada anda. Jika dia benar-benar tulus inginkan anda dan cinta anda pasti dia akan melakukan pelbagai cara dengan hatinya jujur. Setiap langkah dan gerak gerinya akan menunjukkan bahawa si dia ikhlas dengan anda. Mereka ini juga akan menghargai setiap rasa cinta, sayang yang anda berikan. Rugilah jika anda melepaskan orang seperti ini.

Telah menjadi adat seorang manusia itu yang tidak pernah puas dan bersyukur dengan apa yang dimiliki. Apa yang ada di hadapan mata ini pasti ada sahaja yang tidak kena dan tidak sempurna. Walhal, kita sendiri tidak menyingkap hikmah di sebalik setiap pertemuan itu. Setiap orang yang datang dan pergi dalam hidup kita ini telah diatur dengan sebaik-baik oleh-Nya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen