Kekasih Hati Terlalu Pembersih Dan Teratur, Adakah Anda Rimas?

Penampilannya sangat teratur. Pakaian di gosok kemas, kasut berkilat, jam terletak elok di pergelangan tangan, gelang dan cincin pasti akan di pakai setiap hari. Malah setiap kali selesai makan, hujung bibir sentiasa dikesat dengan sapu tangan mereka. Setiap titik air yang terjatuh di meja, pasti mereka akan kesat dengan tisu. Mata seakan terpegun, kerana kehidupan mereka seolah-olah sangat teratur. Manusia normal seperti kita pula tiada masa untuk itu semua, kerana mengejar masa.



Adakah anda mempunyai kekasih yang begini? Sentiasa mahu kelihatan kemas dan tidak suka jika kehidupan mereka tidak teratur dan tiada perancangan? Masyarakat mengatakan mereka ini bukan ‘risk taker’ bermaksud takut untuk berhadapan dengan risiko. Jika mereka berhadapan dengan risiko secara tiba-tiba dan spontan, mereka pasti menjadi buntu.

Ada juga masyarakat mengatakan mereka ini mengalami ‘OCD’ iaitu Obsessive-compulsive disorder. Jangan diagnos diri sendiri jika anda tidak bertemu dengan doctor pakar! Seorang yang sangat pembersih malah teratur hidupnya tetapi masih gemar berjumpa orang ramai dan tidak kisah dengan aktiviti lasak, mereka bukan OCD. Bukan!


Mentaliti masyarakat seolah-olah, setiap orang yang pembersih akan di label sebagai OCD. Orang yang mengalami OCD, akan tidak selesa jika kulitnya bersentuhan dengan objek lain. Tidak dinafikan sebahagian daripada mereka sentiasa memakai stoking dan sarung tangan kerana terlalu takut dengan habuk persekitaran, malah mereka sentiasa berada di dalam rumah tidak berjumpa orang ramai.

Jika kekasih anda bukan salah seorang daripadanya, maka anda tidak perlu risau. Jangan rimas jika kekasih anda hanya lah seorang yang pembersih kerana dengan ada nya mereka, kehidupan anda menjadi lebih kemas, teratur dan ada perancangan untuk masa hadapan.  Mereka cuma gemar dengan keadaan sekeliling yang bersih, kemas dan cantik.

Mereka juga tidak suka akan keadaan yang sangat serabut dan menganggu fikiran mungkin kerana mereka terlalu banyak untuk berfikir. Seseorang itu pembersih hanya kerana mereka menggemari sesuatu teratur dan kemas malah tidak menyakitkan mata. Indah itukan cantik!

                                                                                                                  

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen