Love Till Jannah: Keadaan Suami Isteri Di Dalam Syurga.

Kita mengharapkan sebuah rumah tangga yang dibina hingga kesyurga. Setelah menempuh onak duri bersama, kita mahukan orang yang disayangi jua berada ditempat yang sama. Bagaimana keadaan suami isteri di dalam syurga ya? Dalam surah al-Waqiah ayat 38 hingga 37 ada menyatakannya.



1. Isteri-isteri diciptakan dengan ciptaan istimewa.

Mereka adalah bidadari bagi suami mereka. Penciptaannya istimewa kerana tidak perlu melalui proses seperti manusia biasa yang perlu mengandung, lahir, bayi, kanak-kanak, dewasa dan tua.

2. Para Isteri sentiasa dara.

Setiap kali bersetubuh, mereka akan kekal kembali dara. Pernah dengar tak cerita yang Rasulullah s.a.w bergurau dengan seorang nenek ni. Dia kata kepada Rasulullah, “doakan aku masuk syurga ya Rasulullah.” Rasulullah membalas. “Dalam syurga tiada nenek.” Nenek tadi pergi lepas tu menangis. Tapi Rasulullah sambung lagi dan memberitahu bahawa nenek itu tak dapat masuk syurga dalam keadaan tua. Maksudnya, dalam syurga nanti, semuanya akan kembali muda.

3. Tetap mencintai jodohnya.

Suami isteri keduanya sama-sama saling mencintai. Melihat pasangan dengan pandangan cinta. Tiba-tiba teringat zaman-zaman cinta pandangan pertama ya. Macam mana saat tu tiba-tiba jatuh hati dengan pasangan. Jantung berdegup-degup. Hehehe

4. Umur sebaya.

Ada pandangan yang menyatakan bahawa di dalam syurga nanti semuanya ahli syurga adalah berumur 33 tahun. Kekal selamanya dengan umur tu, bahkan pemikiran juga sama. Tak adalah berbalah dalam syurga nanti.



Kalau nak sama-sama masuk syurga, ajaklah pasangan kearah kebaikan. Tegur dengan cara yang baik. Mudah-mudahan mereka dapat menerima teguran tersebut dan nanti masuk syurga bersama.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen