Mula Malas Melayan Kerenahnya Yang Entah Apa-apa, Adakah Itu Tanda-Tanda Anda Sudah Tidak Mencintai Pasangan Anda?

Oleh: Zuzu Yasmine

Jika satu pasangan telah lama bercinta namun tidak pernah terfikir untuk melakukan sesuatu perkara yang lebih serius maka salah seorang pasti akan mula rasa bosan terhadap perhubungan tersebut. Apabila rasa cinta itu sudah mula hilang, maka pelbagai alasan akan mula timbul untuk menjauhkan diri dari pasangan tanpa anda sedar. Tapi, pasti anda dan pasangan tidak menyedari akan perkara itu. Namun bagaimana cara untuk mengesan tentang perkara ini. Di sini terdapat beberapa tanda yang anda boleh lihat pada diri anda ataupun pasangan anda.



Antara tanda yang ada padanya ialah, jika dahulu setiap pagi dan malam pasti ada kata-kata cinta yang akan diberikan pada pasangan anda. Tapi kini anda lebih senang mendiamkan diri dari berkata perkara yang mudah. Dahulu ketika dalam saat bahagia setiap masa kata cinta itu akan ada.

Anda juga akan mula suka mencari pergaduhan, setiap perkara pasti akan timbul perbalahan yang panjang antara anda dan pasangan anda. Dan setiap kali itulah anda akan kata penat dalam perhubungan, pasti lebih seronok jika anda single seperti dahulu.



Jika dahulu setiap perbuatannya pasti akan menjadi tarikan pada anda. Kini tidak lagi setiap tingkah lakunya pasti nampak buruk di mata anda. Apa sahaja yang dia lakukan untuk menyenangkan hati anda pasti akan tidak kena di mata anda.

Dahulu, dalam setiap perkara anda pasti jujur dengan pasangan anda. Tidak ada sedikit pun yang anda sorokkan daripadanya. Tapi kini jujur bukan keutamaan bagi anda. Anda akan mula menipu pasangan anda sedikit demi sedikit.

Di samping itu juga, setiap angan-angan yang anda bina dahulu bersamanya dikatakan satu yang mengarut dan mustahil untuk anda dan pasangan kecapi. Anda memilih untuk tidak membina masa depan anda dengannya. Anda juga tidak lagi meletakan pasangan anda di dalam angan-angan anda.

Anda juga berasa keliru terhadap perasaan anda dengannya. Anda tidak tahu jika anda masih bersamanya kerana cinta, simpati ataupun kerana hubungan keluarga anda dan keluarganya yang rapat. Anda sendiri keliru dengan perasaan anda sendiri.

Walaupun begitu, anda perlu membuat keputusan dengan segera, agar tiada siapa yang terluka jika anda terus berjauhan dan berdiam diri. Buat keputusan yang bijak dan tidak melukai antara kedua-dua belah pihak.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen