Siapa Bayar Untuk Baju Bridesmaid?

Kadang kala dilema juga kan, bila tiba part nak bayar-bayar ni. Jom kita selesaikan dilema epik dalam persiapan perkahwinan ini.



1. Apabila baju terlampau mahal.

Kalau baju bridesmaid itu terlampau mahal, mungkin lebih daripada RM300, pengantin perlu bayar untuk kos baju, atau mungkin bayar sebahagian daripada kos.

2. Apabila baju 'custom made'.

Baju custom made lebih nampak cantik sebab nampak 'terletak' dan boleh mengikut design yang dimahukan. Tapi, kos fabrik dan upah jahit pun sudah mahal bukan? Jadi, pengantin bayar kos fabrik dan kos upah dibayar bridesmaids.



3. Apabila syaratnya hanya pada tona warna.

Jika anda mahu certain warna untuk bridesmaids anda tapi tidak kisah tentang design atau stail baju bridesmaids anda, selagi bukan custom made, bridesmaids yang perlu membayar untuk kos baju kerana mereka boleh memilih stail sendiri dan boleh memakainnya berulang kali.

4. Apabila bridesmaids anda semua masih muda dan belum bekerja.

Cuba cari pilihan yang mereka mampu. Jika tidak jumpa juga, anda sebagai pengantin perlu step up dan bayar untuk kos baju.



5. Apabila destinasi majlis anda jauh dan perlukan belanja lain. 

Majlis perkahwinan bukan murah. Lebih-lebih lagi jika destinasi perkahwinan anda jauh. Jika pengantin tidak menyediakan tempat tinggal dan pengangkutan, pengantin perlu bayar kos baju. Kos pengangkutan dan tempat tinggal sudah mahal, jadi macam win-win.

6. Apabila bridesmaids boleh pakai apa-apa.

Kalau macam ni, sama macam bridesmaids shopping biasa saja. Mereka boleh pilih ikut suka mereka. Jadi, bridesmaids bayar.



7. Apabila majlis kecil-kecilan. 

Ada banyak sebab majlis dibuat secara kecil-kecilan. Antara sebab utamanya adalah untuk menjimatkan kos. Jadi, kalau dalam hal ini, lebih elok jika bridesmaids yang bayar kos baju.

8. Apabila anda dulu pernah jadi bridesmaid kawan anda itu.

Anda ikut caranya. Kalau dulu kawan anda bayar kos baju anda, anda bayar kos bajunya pula masa giliran anda jadi pengantin ini.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen