Cara Paling Mudah Lembutkan Hati Pasangan Yang Sedang Panas.

Oleh: Zuzu Yasmine

Dalam setiap perhubungan sudah pasti akan ada pergolakan dan pasang surutnya. Jika tidak ada sebegitu pasti satu perhubungan itu akan menjadi bosan dan tidak mencabar. Namun jika perbalahan itu kerap berlaku, pasti tidak seronok juga. Lebih-lebih lagi jika ia memakan masa yang lama. Paling tidak bestnya pasangan kita itu jenis cepat panas tetapi lambat surutnya. Pasti pelbagai cara yang perlu kita lakukan demi menyelamatkan satu perhubungan.



Antara perkara yang anda boleh lakukan jika anda dan pasangan sedang berada dalam keadaan yang tegang adalah jangan memilih untuk duduk di tempat yang sama. Tetapi ia bukan bermaksud seorang perlu ke luar daripada rumah. Tapi ia lebih menjarakkan diri anda untuk mendekati pasangan. Jika anda dan pasangan menonton televisyen, ambil sedikit jarak agar ada ruang di antara anda dan pasangan. Hal ini kerana, pasangan akan mula rasa untuk mendekati anda.

Selain itu juga, anda atau pasangan anda perlu berhenti mencari salah antara satu sama lain. Kalau anda seorang isteri, anda perlu berhenti membebel agar si suami tidak panas hati untuk membalas setiap bebelan anda. Apa yang perlu anda lakukan adalah lebih untuk berdiam diri dan tinggalkan saja tempat yang menjadi pergaduhan tersebut.



Orang kata api ini lawannya air, maka ketika anda sedang berpanas hati dengan pasangan anda, ambil lah air wuduk untuk menyejukkan hati yang sedang panas itu. Selepas anda betul-betul sejuk terhadap pasangan anda, pergilah memohon maaf untuk setiap kata yang anda telah berikan kepadanya. Tidak salah pun jika anda mengalah dahulu demi kebaikan hubungan anda.

Jika si dia masih berkeras, maka berilah sedikit masa dan ruang untuk dirinya. Hal ini kerana, ia mampu untuk membuat pasangan dan diri anda memikirkan kesalahan yang telah anda lakukan. Di samping untuk mencari kesalahan dan kesefahaman dalam diri sendiri. Supaya pergaduhan seperti ini tidak akan berlaku lagi.

Jika tidak ada perubahan, maka anda ambil lah langkah untuk mengingati saat manis anda bersama pasangan. Menghantar gambar-gambar saat bernikah dahulu, tidak pun gambar ketika anda dan pasangan sedang bercinta. Selitkan sekali perkara-perkara yang lucu pernah terjadi antara anda dan pasangan. Pasti saat-saat itu akan mula menyejukkan hati pasangan. Walaupun ia lambat sejuk tapi pasti berhasil.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen