Kenapa Wanita Perlu Sentiasa Kelihatan Cantik, Kemas Dan Tertutup Aibnya?

Wanita itu indah. Wanita itu istimewa. Wanita itu tertib perilakunya. Wanita itu lemah lembut dan sopan santun. Matanya bersinar dan sentiasa mengukirkan senyuman mampu membuatkan si lelaki tidak tidur dengan lena. Makan tidak kenyang. Mandi pun tidak basah. Sungguh tinggi martabat wanita kerana begitu banyak perumpaan tentang dirinya.

Jika elok tata tertibnya maka tidak salah untuk sentiasa kelihatan lebih kemas dan bergaya. Apabila si wanita itu mempunyai personaliti yang lebih anggun pasti menjadi ikutan yang lebih ramai. Jika kita tersalah langkah, semua kisah silam tidak dapat diputar kembali. Dengan teknologi yang semakin berkembang, umur semakin meningkat bukan semua perkara kita senang ingat.



Jika dulu kita ada myspace, Friendster, keek dan pelbagai lagi, adakah anda ingat post yang terakhir anda update? Aplikasi ini sudah pun berlalu kira-kira 10 tahun yang dulu. Jika anda tidak menutup aurat dan sentiasa post perkara yang boleh mengaibkan, ia akan menjadi bahan ‘google’. Bermaksud, perincian dan segala tentang anda sudah di ‘record’.

Takut pada Allah, tidak semua kita perlu update di sosial media kerana kita akan menjadi mangsa fitnah. Kelak siapa yang rajin pula untuk ‘delete’ segala ‘record’ anda di laman sosial, semuanya sudah terlambat. Jika ada pun insan yang rela untuk ‘ delete’ kisah hidup anda, adakah mereka tidak akan menyimpan ‘ record’ itu? Khuatir mereka cuba mengaibkan anda pada masa hadapan?


Cantiknya seseorang adalah daripada hatinya. Bersih hatinya kerana tiada hasad dengki. Ketika bersih hatinya yang sering mengingati Allah, mereka tidak akan mengaibkan diri mereka sendiri di sosial media. Tidak kira dengan post status, malah gambar juga boleh menimbulkan fitnah.

Wahai wanita yang bakal berumah tangga dan menjadi ibu, jaga pendirian anda, pakaian anda, akhlak anda jika ingin kan Jodoh di kalangan orang yang baik-baik dan kacak. Sesungguhnya  takdir Allah itu sangat cantik perancangannya.

Artikel Lain

Tinggalkan Komen