Lelaki Lebih Drama Daripada Wanita. Apakah Akan Dilakukan Oleh Lelaki Jika Mereka Dilamun Cinta?

Drama Queen’ sering dikaitkan dengan wanita, kerena mereka terlalu banyak kerenah sehinggakan lelaki pening untuk melayan. Kini, lelaki juga tidak lepas daripada gelaran ‘drama queen’ atau ‘drama king’? Masih keliru, mengapa lelaki zaman sekarang lebih senang meluahkan perasaan mereka dan mampu untuk menaip mesej yang panjang di whatsapp? Malah lebih senang untuk menzahirkan ekspresi muka jika dahulu lelaki lebih di anggap macho dan ego.



Bukan setakat itu sahaja, mereka juga lantang menyuarakan isi hati mereka di sosial media. Jika dilihat pada 10 tahun yang dulu, lelaki lebih mudah difahami dan ‘straight forward’ kerana mereka tidak suka berkias. Namun begitu, kini dengan adanya sosial media mereka masih ingin berkias dan mesej yang disampaikan panjang dan sukar difahami. Adakah kerana dengan wujudnya sosial media, mereka baru tahu mengetahui cara-cara untuk meluahkan perasaan?

Kini, untuk dipendekkan cerita, semua nya menjadi kontra. Berkemungkinan, lahirnya sebahagian daripada mereka ini adalah daripada didikan ibu bapa. Mereka menjadi lebih peka dengan perasaan wanita, tetapi apabila terlebih selami, mereka pula yang menjadi semakin sensitif.


Jadi, apa yang mereka lakukan ketika di lamun cinta?

1. Termenung. Mereka lebih suka menghabiskan masa dengan termenung dan setiasa memikirkan perihal kekasih hati mereka, tetapi mereka akan termenung ketika mereka bersendirian.

2. Sering menghantar mesej walaupun mereka sibuk bekerja. Ketika ‘lunch hour’ mereka tidak akan melepaskan peluang untuk 'video call' anda.

3. Sentiasa peka dengan makanan kegemaran anda, malah mereka boleh memesan untuk anda dahulu, jika anda terlambat untuk ke restoran.


4. Jika si wanita merajuk, si lelaki akan menurunkan ego nya dan tidak kisah untuk memujuk anda dengan apa cara sekali pun termasuk berjumpa atau menelefon ibu bapa anda.

5. Jika lelaki betul2 telah jatuh cinta pada anda, mereka akan berusaha untuk ‘upgrade’ dirinya menjadi lebih ‘handsome’ untuk diri anda. ‘Handsome’ bermaksud, mereka ada keinginan untuk mencari kerja yang lebih stabil dan lebih rela ada kerja ‘part time’. Ini memang betul serius untuk masuk meminang.

6. Dan pada yang baru berumah tangga, mereka lebih suka memegang tangan dan mengusap rambut anda.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen