Kenali Hukum Nikah Bagi Anda Yang Ingin Berkahwin.

Nikah pun ada tahap hukum-hukumnya ya. Jom kita tengok anda ditahap yang mana satu. Baca dan kenali hukum perkahwinan bagi anda.



1. Harus.

Ini adalah hukum asal perkahwinan. Maksudnya, perkahwinan itu sebenarnya adalah (mubah) dibolehkan. Tetapi, jika ada hal-hal yang tidak dapat dielakkan, maka hukumnya berubah mengikut situasi. Situasi bagaimana? Ikuti hukum selanjutnya.

2. Sunat.

Jika anda seorang yang berkemampuan serta mempunyai keinginan untuk berkahwin. Maka sunat anda melakukannya. Buat, dapat pahala.

3. Wajib.

Bagi seseorang yang mampu dan bimbang akan dirinya terjerumus kepada perkara mungkar misalnya melakukan zina dan perkara yang membawa kepada perzinaan seperti berpegang tangan, maka dia wajib untuk berkahwin. Kalau tak mampu bagaimana? Hukumnya makruh.

4. Makruh.

Seseorang yang tidak berkeinginan untuk berkahwin disebabkan penyakit, tua atau risau sekiranya perkahwinan tersebut menghalang dia daripada melakukan ibadah kepada Allah. Seterusnya, merasakan tidak mampu memberi nafkah kepada isterinya.

5. Haram.

Sekiranya seseorang itu bimbang atau yakin akan menzalimi serta memudaratkan isterinya. Antara faktor kebimbangan tersebut misalnya mempunyai sifat panas baran. Selain itu, jika seseorang itu tidak mampu memberikan nafkah zahir dan batin, maka hukumnya adalah haram.



Jadi jelas ya. Jika anda tidak mahu berkahwin sekalipun, ambillah ini sebagai suatu ilmu.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen