Ayah Yang Derhaka Kepada Anak! Calon Suami Disyorkan Untuk Baca.

Suatu ketika Umar al-Khattab didatangi oleh seorang bapa, dia menyatakan bahawa anaknya derhaka kepadanya. Lalu Umar memarahi anak tersebut. Lantas ditanya oleh anak tersebut akan haknya sebagai seorang anak. Kata Umar “ada tiga hak seorang anak kepada ayahnya iaitu memilih calon pasangan yang baik buat anaknya, menamakan anaknya dengan nama yang baik serta mengajarkan dia tentang al-Quran.”

Kesemua ini tidak ditunaikan oleh bapa, ujar anak tadi. Umar memarahi ayah tersebut dengan menyatakan, “Pergilah kau. Sebenarnya kau yang menderhakai dia sewaktu kecil, memang patut anak engkau menderkahai kau sekarang!”



Sudah ada calon isteri untuk dinikahi nanti? Dah bersedia untuk menjadi suami, ayah yang baik untuk anak-anak? Penulis syorkan kita dalami dulu apa yang diperkatakan oleh Umar al-Khattab ini supaya tidak menyesal dikemudian hari.

1. Memilih calon pasangan yang baik.

Seperti yang dianjurkan oleh Islam, pilihlah wanita yang beragama. Kerana dengan wanita beragama, hidup kita akan menjadi lebih tenteram, kehidupan berumahtangga lebih terjamin dan yang paling penting dapat melahirkan zuriat yang baik.

2. Menamakan anak dengan nama yang baik.

Dah terfikir nama anak ke tu? Hehehe Nama macam mana ya? ala-ala klasik, nama korea? Apa pun biar nama yang membawa maksud yang baik. Nak nama terbaik? Nama ‘Muhammad’ je. Senang. Dapat pahala lagi.

3. Mengajarkan dia tentang al-Quran.

Okay, yang ini pula bagaimana ya? Jika tidak mampu membaca, tidak mengapa. Carilah orang yang boleh ajar kepada kita tentang al-Quran. Kalau sudah lama tidak terusik al-Quran di almari tu, segeralah capai dan baca. Penting. Tetapi ramai yang abaikan. Nanti sudah bernikah, ajarkan pula al-Quran kepada anak-anak.



Apapun, semoga kita dapat menjadi suami dan bapa yang berkualiti suatu hari nanti. Rancanglah dari sekarang keluarga yang bagaimana mahu kita bina kelak.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen