Orang Kata, Kahwin Itu Seronok. Sebab?

Trauma mendengar pelbagai kes rumah tangga yang berlaku di Malaysia. Pelik betul bila orang kata kahwin tu seronok. Niat berkahwin itu perlulah betul. Baru perkahwinan itu menjadi perkara yang menyeronokkan walaupun kadang-kadang diujian dengan pelbagai dugaan. Kenapa ya?



1. Menyempurnakan sifat kelakian dan kewanitaan.

Pernah tengok tak wanita ala-ala gengster tiba-tiba berubah jadi solehah semacam je sejak berkahwin. Hehe Ramai kan? Inilah sweetnya bila sudah bernikah. Kemudian tanggungjawab yang laksanakan oleh seorang lelaki pula menyebabkan mereka lebih matang dalam membuat keputusan dan bersungguh-sungguh dalam pekerjaan. Perempuan pula terserlah sifat keibuannya setelah mendapat anak.

2. Membawa kepada ketenangan dan kerehatan.

Suami isteri telah menjadi pelengkap hidup. Alangkah indahnya jika kita mengamalkan cara hidup Rasulullah s.a. w yang sentiasa membantu pekerjaan rumah yang dilakukan isteri baginda. Adanya suami isteri dapat menjalinkan kasih sayang antara satu sama lain.

3. Dapat menjaga kesucian diri.

Secara fitrahnya, manusia mempunyai nafsu. Dengan perkahwinan, pasangan suami isteri dapat menjaga kesucian diri dengan cara yang dibenarkan syara’.

4. Dapat membina keturunan.

Setiap pasangan mengimpikan anak untuk dijadikan penawar apabila penat seharian bekerja. Melihat anak-anak tersenyum sahaja sudah terbit rasa cinta terhadap mereka. Apatah lagi dengan bermain dan bersuka ria bersamanya.

5. Memberikan rezeki setelah nikah.

Apabila bernikah, tahun demi tahun rezeki akan bertambah kerana sifat lelaki yang bersungguh-sungguh menginginkan kehidupan keluarganya hidup selesa hasil titik peluh yang diusahakan.

6. Pahala setelah nikah.

Ehem. Apa saja kebaikan yang anda lakukan terhadap pasangan mempunyai pahala yang tersendiri. Seronok? Eh. Terus rasa nak kahwin. Hehehe



Seronok. Tapi belum ada jodoh. Tak mengapa, mana tahu jodoh anda ada di sini: baituljannah.com


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen