Kesukaran Wanita Bertubuh Tinggi Mencari Pasangan? Apa Kelebihan Wanita Ini?

Oleh: Zuzu Yasmine

Jika selalunya wanita pendek ini lebih digemari dan disukai oleh ramai lelaki. Tetapi tidak kurangnya bagi wanita yang bertubuh tinggi ini. Miliki yang mempesonakan sesiapa sahaja yang melihatnya. Melalui gaya jalannya dan tingkahnya pasti ada sahaja hati yang bakal dicuitnya. Namun, ramai yang tidak nampak dengan jelas kelebihan wanita bertubuh tinggi ini.



Antara kelebihan wanita bertubuh tinggi ini ialah, ia mudah untuk menjadi perhatian orang ramai. Jika dia berjalan bersama sekumpulan gadis yang bertubuh sederhana, pastinya di adalah antara yang akan diperhatikan dahulu. Hal ini kerana, mereka ini adalah yang paling tinggi di antara kumpulan itu. Itu tidak termasuk jika dia sedang berdiri di segerombolan orang ramai, dia lebih mudah kelihatan dan diperhatikan.

Selain itu juga mereka ini lebih menonjol daripada wanita yang lain. Menjadi seorang yang sangat aktif dalam pelbagai bentuk. Di samping sentiasa terlibat dalam aktiviti sukan seperti bola jaring dan bola tampar atau segala sukan yang melibatkan ketinggian badan. Di samping itu juga, mereka ini mudah untuk menceburi bidang permodelan.

Dari segi kerjaya pula, mereka ini juga mudah menceburi badan beruniform kerana miliki ke tinggian yang ideal juga yang sememangnya mensyaratkan ketinggian. Selain dari itu, mereka juga kelihatan lebih berwibawa jika mengenakan pakaian beruniform di tubuh mereka. Jadi mereka ini mudah untuk mendapat peluang pekerjaan.



Namun begitu, mereka ini dikatakan sukar untuk mencari pasangan. Betul ke?

Hal ini kerana, wanita biasanya lebih cenderung untuk memilih lelaki yang lebih tinggi daripadanya. Maka, wanita yang tinggi ini akan mengalami kesukaran dalam mencari pasangan kerana rata-rata lelaki lebih gemar wanita yang bertubuh pendek.

Di samping itu juga, sekiranya wanita tinggi ini tidak berkeberatan untuk memilih pasangan yang kurang tinggi daripadanya. Itu jika mereka ini tidak mengambil kira tatapan mata orang lain, pasti tidak menjadi masalah perkara ini.

Kita juga sering mendengar pepatah orang tua dahulu, sekiranya lelaki lebih rendah dan wanita itu lebih tinggi, itu bererti mereka adalah pasangan yang sering murah rezeki. Tapi di mana kebenarannya tidak diketahui.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen