Bagaimana Untuk Mencintai Wanita Yang Ego? Antara Ciri-Ciri Wanita Ego, Lelaki Perlu Tahu.

Kita sering di sogokkan bahawa ego dan lelaki tidak boleh dipisahkan, tetapi wanita pun apa kurangnya. Mengikut peredaran masa, karektor wanita semakin berubah-ubah. Semakin hari, semakin risau si lelaki untuk mendekati si wanita kerana berpewatakan endah tak endah, acuh tak acuh. Di sebabkan itu, kini wanita lebih rela menjadi single daripada di dampingi lelaki. Tetapi adakah wanita ego ini menjual mahal?



1. Wanita ego dan garang.

Sudah la ego, garang pula, pening si lelaki untuk cuba memikat wanita seperti ini. Mereka ini sering dikaitkan dengan jawatan sebagai ketua di sesebuah syarikat atau pun mempunyai business sendiri kerana tidak selesa untuk di naung di bawah sesiapa. Mereka kelihatan sangat berkaliber, sehingga lelaki takut untuk mendekatinya.

Usah risau, wanita seperti ini hanya lah memerlukan seorang lelaki yang tidak gentar mendekatinya malah lebih dominan daripadanya. Wanita ini akan jatuh cinta sekiranya anda berani untuk meluahkan perasaan anda secara berterus teranf dan tidak hanya melihat si dia daripada jauh.

2. Wanita ego kerana sudah lama keseorangan.

Keseorangan setelah bertahun-tahun tidak bercinta kerana sering dipermainkan perasaannya oleh lelaki. Oleh itu mereka sentiasa tidak mahu bertolak ansur dengan lelaki disebabkan kepercayaannya kepada anda sudah tiada. Lelaki perlu berhati-hati mendekati wanita seperti ini.

Anda perlu lebih berani untuk mendekatinya melalui orang tengah tetapi bukan terus bertemu dengannya. Orang tengah bermaksud, ibu bapa atau sahabat baik mereka. Ini  menunjukkan anda serius inginkan perhubungan dengan si dia dan mereka akan merasakan anda benar-benar serius dengannya.



3. Wanita ego dan berdikari.

Berdikari sering melakukan apa jua keseorangan. Berkemungkinan mereka juga adalah anak tunggal, kerana tanggungannya sangat besar untuk menjaga keluarga tercinta. Wanita seperti ini tidak suka di arah. Walau anda lelaki lebih dominan daripada dirinya, cuba berlatih untuk mendengar setiap kata-katanya terlebih dahulu sebelum anda menyampuk. Mereka hanya memerlukan teman untuk mendengar setiap luahan hatinya, kerana mereka adalah seorang yang sangat kuat.

Oleh itu mereka tidak suka kelihatan lemah di depan orang ramai.

Selamat Hari Wanita!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen