Buat Yang Belum Bertemu Jodoh, Jom Amalkan Doa Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Jangan khuatir jika jodoh orang lain datang dahulu sebelum anda. Masing-masing telah ditetapkan jodohnya. Cuma masanya belum tiba buat anda. Apa yang penting sentiasa yakin dan terus istiqamah bawah jodoh akan tiba apabila tepat waktunya. Namun sambil mencari dan menunggu itu, tidak salah sekiranya anda melakukan sedikit amalan-amalan agar urusan jodoh anda dipermudahkan. Terdapat beberapa potongan ayat al-Quran yang boleh dijadikan bacaan dalam doa harian anda.



Doa Untuk Lelaki

رَبِّ هَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ زَوْجَةً طَيِّبَةً أَخْطُبُهَا وَأَتَزَوَّجُ بِهَا وَتَكُوْنُ صَاحِبَةً لِى فِى الدِّيْنِ وَالدُنْيَا وَالْأَخِرَةِ

Robbi Hablii Milladunka Zaujatan Thoyibbah Akhubuha Wa Atzawwaj Biha Watakuna Shoohibatan Lii Fiddiini Waddunyaa Wal Alkhiroh

Ertinya: Ya Allah berikanlah kepada ku isteri terbaik dari sisi-Mu, isteri aku lamar dan nikahi, dan isteri yang menjadi sahabatku, dalam urusan agama, urusan dunia serta akhirat nanti.


Doa Untuk Perempuan

رَبِّ هَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ زَوْجًا طَيِّبًا وَيَكُوْنُ صَاحِبًا لِى فِى الدِّيْنِ وَالدُنْيَا وَالْأَخِرَة

Robbi Hablii Milladunka Zaujan Thoyibban Wayakuna Shoohiban Lii Fiddiini Waddunyaa Wal Alkhiroh

Ertinya: Ya Allah, berikan ku suami terbaik dari sisi-Mu, suami dan sahabat ku dalam urusan agama, urusan dunia serta di akhirat nanti.



Selain itu, terdapat juga doa yang lebih mudah yang boleh anda amalkan sebagai rutin harian anda.

رَبِّ لَا تَذَرْنِى فَرْدًا وَأَنتَ خَيْرُ ٱلْوَٰرِثِينَ

Robbi Laa Tadzarni Fardan Wa Anta Khoirul Waaritsin

Ertinya: Ya Tuhan ku, janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri dan Engkaulah waris yang paling baik.


رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَٰجِنَا وَذُرِّيَّٰتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَٱجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

Rabbana Hablana Min Azwaajina, Wa Dzurriyyatina Qurrata A’yuniw, Waj’alna Lil Muttaqiena Imaamaa.

Ertinya: Ya Tuhan kami, anugerahkan lah kami jodoh (isteri-isteri) kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), jadikan kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.

 

Teruskan berdoa dan berharap agar anda dijodohkan dengan jodoh yang baik-baik dari-Nya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen