Perlu Ke Bertunang Dulu, Baru Nikah?

Okay. Meh penulisan terangkan dulu konsep pertunangan ni ya. Supaya kita sama-sama faham. Sebelum datangnnya agama Islam dalam masyarakat arab, bertunang adalah adat yang kemudiannya menjadi ibadat dalam masyarakat Islam. Pertunangan juga disebut al-khitbah iaitu “meminta seorang lelaki kepada seorang perempuan untuk menikah dengannya.” Jadi, apa hukum bertunang? Hukumnya adalah sunat, ada juga berpendapat harus. Okay? Setakat ni faham? Hehehe macam dalam kelas Fardu Ain pula.



Jadi, kita tengok pula apa hikmah bertunang ni. Antaranya:

1. Persetujuan untuk berkahwin bersama.

2. Dengan bertunang, lelaki dan wanita ini dapat mengenali antara satu sama lain serta boleh kenal keluarga pasangan. Barulah hubungan dua pihak dapat terjalin.

3. Pertunangan juga dapat menambahkan cinta dan kasih sayang antara kedua-dua pihak. Barulah malam pertama nanti tak nervous. Ops! Hehehe

4. Anda takut pasangan anda dikebas orang? Haaa. Ni cara untuk anda ikat pasangan anda. Bukan ikat betul-betul ya! Ikatan pertalian gitu. Cewah! Sebab apa? Sebab orang lain tak boleh ganggu dah pasangan anda itu. Haram! Baru hidup tenang beb nak tunggu hari-hari pernikahan.

5. Selain itu, melahirkan sikap jimat cermat sebelum berlangsungnya pernikahan. Iyalah. Hantaran lagi, mas kahwin lagi. Pening juga nak kumpul duit tu ya.

6. Next, menentukan kadar mas kahwin dan pemberian lain.

7. Last, menentukan tarikh, tempat, dan hari perkahwinan yang dipersetujui.



Jelas ya? Anda nak bertunang tak? Terpulang. Apapun kita kena ingat undang-undang di Malaysia ya. Apa? Ini. Kalau anda putuskan ikatan pertunangan tanpa sebab yang sah, boleh menyebabkan tindakan ganti rugi pertunangan tau. Nak putus tunang tanpa sebab? Ada berani? Huh.



Okay. Itu saja perkongsian hari ini. Sekian. Hehehe

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen