Cara Memahami Karekter Lelaki dan Wanita Dalam Menghadapi Masalah.

Karekter seorang lelaki dan wanita adalah berbeza, pemikiran juga begitu. Jadi, untuk memahami perasaan mereka dalam menyelesaikan masalah, fahami konsep ini. Semoga tips yang diberikan berguna untuk anda.



Lelaki.

Jika mempunyai masalah, mereka akan lebih banyak mendiamkan diri, memikirkan bagaimana untuk menyelesaikan masalah yang dialami dan membuat solusi terhadap masalah itu. Jadi, jika seorang lelaki sedang rungsing, sebagai seorang wanita, anda tidak perlu untuk membantu menyelesaikan masalah itu. Kerana mereka ingin menyelesaikan sendiri hal tersebut.

Seorang lelaki merasa dirinya adalah ‘hero.’ Selain itu, dia tidak mahu anda dibebani dengan masalah yang dihadapi. Melainkan dia bertanya pendapat kepada anda. Apabila perkara tersebut sudah selesai dilunaskan, barulah mereka bersedia menceritakan semuanya kepada anda. Dengan kata lain, seolah-oleh mereka ingin mengatakan, "awak, masalah saya selesai." 'hero' kan? hehe Jadi, sabar je.

 

Wanita.

Sifat mereka lembut, mudah terluka. Mereka akan mencurahkan isi hati kepada seseorang orang yang dipercayai untuk mengurangkan ketegangan masalah, merasa ingin difahami agar mereka dapat melegakan hati yang sedang gusar dan kadang sehinggakan mengalirkan air mata.

Jadi, jika anda seorang lelaki yang sedang mendengar luahan hati dari seorang perempuan, diam dan tadahkan saja telinga untuk mereka ceritakan masalah itu. Usah sekali memberikan solusi kepada masalah tersebut. Jika mereka menangis, sediakan bahu anda untuk mereka merawat duka mereka. Ehem. Itu untuk yang dah berkahwin ya. Yang belum, say no. Selanjutnya, berikan kata-kata semangat buat mereka. Cukup.



Senang saja kan? Lepas ni bolehlah praktis ketika pasangan anda sedang menghadapi masalah. Fahami mereka dan mudah-mudahan bertambah sayang.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen