Pentingnya Komunikasi Di Dalam Perkahwinan. Jangan Pendam Perasaan Anda!

“Sayang, you dengar tak I cakap apa ni? Jangan asyik mengadap phone je!”


Komunikasi adalah aspek utama di dalam perhubungan sesama manusia. Tidak kira secara visual atau lisan. Dengan mengikut peredaran masa, komunikasi juga berlaku melalui telefon bimbit dan internet. Tidak sah, jika kita tidak menggunakannya dalam masa satu hari. Setiap masa dan juga setiap saat.



Kita selalu disogokkan dengan kenyataan seperti fikiran wanita lebih kompleks daripada lelaki. Kini, lelaki turut mempunyai fikiran yang kompleks sehinggakan wanita tidak tahu cara yang terbaik untuk berkomunikasi dengan mereka. Jika perempuan mengalami proses period setiap bulan, tetapi apa kisah pula dengan lelaki yang sentiasa bisu seribu bahasa?

Jodoh adalah apabila seseorang itu dapat menurunkan ego anda dan boleh bertolak ansur secara baik. Jika pasangan masih degil dan ego, adakah mereka bukan Jodoh anda yang terbaik?

 Ikuti tips komunikasi dengan cara yang lebih baik!

1. Komunikasi yang berkesan adalan dengan adanya ‘eye contact’, kerana melalui mata anda boleh dapat mengesan jika pasangan itu berkata benar, menipu atau menyorok perasaannya yang sebenar.

2. Jika melalui ‘eye contact’ anda gagal, cuba melalui sentuhan khas untuk mereka yang telah berkahwin. Pegang tangan mereka dan cuba rendahkan nada suara anda. Api lawannya air bukan?

3. Sentuhan pun tidak menjadi? Amukan pasangan masih belum reda. Cuba call atau ‘video call’ pasangan, sudah tentu pasangan akan berasa hairan, duduk sebumbung tapi mahu call? Ukiran senyuman pasti terukir.



4. Manusia tidak lari dengan perasaan amarah, sama ada lelaki atau wanita mereka juga memerlukan ruang untuk merajuk atau dipujuk. Ini yang dinamakan ego. Kalau dengan ego anda, adakah masalah anda selesai? Tidak elok ye, pasangan suami isteri tidak bertegur siapa, menjadi contoh tidak elok pada anak-anak di kemudian hari.

5. Imbas kembali bagaimana anda berkomunikasi dengan pasangan ketika mula-mula bercinta. Jika ada masalah, adakah anda pendam atau dengan cara luahan hati?

6. Mudah sahaja untuk bertenang, ambil wuduk dan baca Al-Qur’an, Insya Allah amarah anda pasti reda.

  

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen