Si Suami Sentiasa Memegang Tangan Isteri, Adakah Mereka Overprotective?

“Eh, rimas la aku tengok si fattah dengan fazura tu, asyik nak pegang tangan je ke hulur ke hilir. Tak boleh berenggang langsung!”

Sangat menjengkelkan! Itu tanggapan masyarakat kita terhadap pasangan yang sentiasa memegang tangan seperti belangkas. Pada mereka, pasangan yang baru berkahwin memang begitu. Masyarakat acap kali mengungkapkan jika sudah lama berumah tangga, si suami pun tak ingin melihat muka si isteri apa lagi memegang tangan. Anak-anak ramai, mana sempat untuk berpegangan tangan di khalayak orang ramai.



Cuba kita berhenti berfikiran negatif untuk beberapa minit dan luangkan masa untuk membaca sebab si suami sering memegang tangan si isteri.

1. Sudah tentu sayang. Dari zaman berlajar mengorat si isteri, bertahun-tahun mencuba, akhirnya hingga ke jinjang pelamin. Siapa yang tak sayangkan?

2. Si isteri cantik bagaikan bidadari! Suami mana mahu melepaskan tangan mereka walau sesaat. Khuatir akan terlepas pada lelaki yang tidak elok perangainya.

3. Terlalu melindungi si isteri untuk tidak kemalangan, tidak terjatuh, terluka, walau tercalar sedikit si suami akan gelisah.


4. Ramai lelaki tidak tahu untuk menzahirkan rasa cintanya pada si isteri melalui lisan, hanya melalui perbuatan sahaja yang mereka mampu. Pegang tangan sahaja sudah cukup, tidak perlu sampai untuk berpelukan di khalayak orang ramai. Jemu pula masyarakat nanti.

5. Kerana mereka tahu cara untuk menghargai isteri mereka. Sudah tentu si isteri terasa lebih bahagia.

6. Jika di shopping mall, sudah tentu risau si isteri hilang dari pandangan kerana teruja melihat diskaun barang-barang bayi, make up, baju dan bag tangan! Eh!?

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen