Lima Perkara Mudah Membuat Si Dia Bahagia Ketika Hari Ulang Tahun Perkahwinan Anda.

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap kali ulang tahun perkahwinan sudah pasti tidak tahu apa yang harus dilakukan. Setiap tahun hari ulang tahun perkahwinan akan berlalu tanpa ada sedikit pun perubahan. Apa kata tahun ini anda cuba lakukan sedikit perubahan ketika hari ulang tahun perkahwinan anda. Lima cara mudah meraikan ulang tahun perkahwinan anda dan pasangan.



1. Ungkapan terima kasih.

Perkara yang paling mudah jika tidak tahu bagaimana cara meraikan hari bahagia anda dan pasangan adalah dengan mengucapkan terima kasih kerana sentiasa berada di samping anda kepadanya. Dengan cara ini pasangan anda akan merasa gembira walaupun anda tidak mengeluarkan sedikit perbelanjaan. Kalau boleh, ungkapkan seawal pagi agar pasangan anda mengukir senyuman sepanjang harinya.

2. Kad ucapan.

Kad ucapan juga mampu membuat pasangan anda merasa bahagia. Walaupun harganya murah namun ia tetap dihargai apabila hari yang bermakna itu diingati. Tetapi kalau boleh, kad ucapan itu disertakan sedikit hadiah agar pasangan anda lebih gembira.

3. Makanan kegemaran.

Sebagai seorang isteri masaklah makanan kegemaran suami di hari seperti itu. Begitu juga suami, anda juga turut boleh melakukan perkara itu agar kelihatan lebih romantik. Sudah pasti si isteri akan merasa teruja melihat makanan tersebut. Lebih-lebih lagi jika si suami jarang masuk ke dapur.



4. Berkahwin semula.

Ha, jangan salah faham ye. Bukan berkahwin lagi tapi jadikan hari bahagia anda seperti hari perkahwinan kalian dahulu. Hiasi bilik tidur dengan bunga-bunga agar menunjukkan suasana romantik pasti pasangan anda teruja dan gembira melihat semua itu. Selain itu juga, jadikanlah hubungan anda dan pasangan seperti baru sahaja berkahwin setiap hari. Agar hari-hari yang berlalu begitu bahagia.

5. Pergi bercuti.

Jika ada duit yang berlebihan, tidak salah sekiranya anda membawa pasangan anda pergi bercuti. Yelah dengan kesibukan kerja masing-masing, sudah pasti waktu yang terluang juga terhad. Jadi waktu inilah anda dan pasangan perlu pergi ‘honeymoon’. Setahun sekali pun dah okay dah.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen