3 Aset Yang Perlu Disimpan Dari Sekarang. Samaada Anda Belum Berkahwin Ataupun Sudah.

Pastikan sekurang-kurangnya satu aset yang disenaraikan ini sudah pun ada di tangan anda. Tiga aset ini harganya tidak akan turun, bahkan akan semakin meningkat setiap masa. Tidak perlu hebohkan bahawasanya anda mempunyai banyak aset-aset tersebut. Huh. Bahaya zaman sekarang ini. Macam-macam boleh berlaku. Apa aset yang dimaksudkan ini? Jom. Baca.



1. Emas.

Sekarang banyak kempen-kempen untuk menyimpan emas, antaranya ‘sebulan, 1 gram emas.’ Harga 1 gram emas pada ketika ini adalah lebih kurang RM 200.00 lebih. Kenapa tidak anda asingkan gaji tiap bulan, kemudian simpan. Simpan di tempat orang tidak jangka. Bawah tanah macam cerita P. Ramlee pun boleh. Jika anda bercadang untuk berkahwin dalam tempoh masa dua atau tiga tahu lagi, amatlah disarankan untuk mempunyai emas. Nak bagi hantaran, jual emas tu. Nanti, cuba bandingkan harga masa beli dan jual. Silap-silap tak mahu kahwin pula nanti sebab harga pada ketika itu telah pun meningkat. Sayang pula nak jual. Hehehe



2. Rumah.

Ketika ini sudah ramai anak muda yang mempunyai kesedaran untuk mempunyai rumah sendiri, malah lebih hebat lagi ada yang sudah mampu membuat homestay atau disewakan kepada orang lain. Bagus. Ini perkembangan positif. Anda? Sudah ada? Kalau belum, simpan duit sikit, nanti beli. Tapi jangan sampai kena tipu. Periksa dan selidik dahulu sewaktu ingin membeli rumah.



3. Tanah.


Penulis melihat, ramai masyarakat kita kurang kesedaran untuk mempunyai tanah. Bahkan jika mereka ada tanah sekalipun, sanggup jual kepada orang lain semata-mata untuk mendapatkan duit. Duit jika digunakan untuk perkara yang berguna tidak mengapa atau dilaburkan ke tempat-tempat yang baik. Tetapi, jika digunakan untuk keseronokan, habislah kau. Kita menyimpan tanah untuk masa depan, masa depan tidak boleh dijangka, kadang kita diuji dengan harta. Ketika waktu-waktu mendesak inilah boleh kita gunakan.

Untuk pengetahuan semua, kereta bukanlah aset. Kerana harga kereta lama-kelamaan akan turun. Jadi, nak kumpul kereta banyak-banyak lagi? Rugi. Kalau untuk keperluan, tidak mengapa.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen