“Dia Mencintai Sedalamnya Kerana Dia Tahu Bagaimana Rasa Dicintai Seceteknya,” Mengapa Mencintai Orang Yang Pernah Terluka Lebih Bahagia.

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap orang sudah pasti pernah meratapi dan menangisi satu perhubungan yang tidak menjadi. Namun, bagi permulaan dalam pertemuan dan perhubungan yang baru, mereka ini pasti tidak akan mengulangi perbuatan yang pernah menyebabkan hatinya terluka. Mahupun menyebabkan pasangan barunya terluka.



Betul ke mencintai seseorang yang pernah terluka dalam perhubungan lama lebih bahagia. Namun, bagaimana jika mereka ini berselindung di sebalik luka yang lama. Tetapi percayalah, mereka yang mahukan perhubungan baru ini akan mencintai pasangannya lebih mendalam berbanding yang lama.

Anda boleh melihat melalui tingkahnya yang lebih menghargai anda dalam setiap perkara. Mereka ini tidak akan meletakan anda sebagai yang utama dalam segala hal, namun meletakan hal anda sebagai keutamaannya. Setiap waktu dan masa yang diluangkan untuk anda akan digunakan sehabis baik untuk memastikan anda terasa bahagia di sampingnya.



Di samping itu, mereka ini tidak akan mengulangi perbuatan yang sama dalam perhubungan yang lama. Mereka ini akan mengelakkan satu perbuatan yang mampu membuat anda terasa hati mahupun berkecil hati. Setiap perbuatan kekasih lamanya yang membuat hatinya terluka sama sekali tidak akan dilakukannya. Setiap perbuatan dalam perhubungan anda akan dijaga dan dilakukan dengan sebaiknya.

Dalam perhubungan yang baru ini, pasangan anda sudah pasti akan lebih serius dari sebelumnya. Mereka ini akan segera berjumpa dengan kedua-dua ibu bapa anda untuk berkenalan lebih rapat dengannya. Mereka juga akan menghormati kedua-dua ibu bapa anda sebagai mana ibu bapanya. Selain itu, mereka ini juga akan membawa anda untuk memperkenalkan kepada ibu bapanya. Dengan sedikit usaha di situ, sudah boleh dilihat bahawa pasangan anda itu lebih serius dalam perhubungan kali ini.

Namun, apa yang boleh dirumuskan ialah segala-galanya terletak kepada hati seseorang individu. Jika dia mampu menyerahkan sepenuh hatinya kepada anda kerana dia tahu bagaimana rasa dicintai dengan seceteknya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen