7 Vitamin Dan Mineral Yang Sangat Penting Untuk Lelaki.

Oleh: Rafi

Siapa kata lelaki tidak perlukan suppliment untuk kesihatan harian? Bukan perempuan sahaja yang perlu jaga kesihatan dalaman untuk tampak cantik. Lelaki juga harus ambil berat dan peka akan keperluan dalaman anda. Di sini kami senaraikan tujuh vitamin dan mineral yang anak jantan perlukan untuk kekal mantap dalaman dan luaran.



1. Vitamin D.

Lelaki memerlukan vitamin D untuk menghasilkan hormon testosteron yang mencukupi untuk mengekalkan tulang yang kuat, melindungi kesihatan otak, mengelakkan ketidakseimbangan mood seperti depresi dan membantu mengawal tahap kolestrol dan tekanan darah anda.

2. Vitamin B12.

Lelaki biasanya tiada masalah untuk mengambil vitamin ini tetapi jika anda ada mengambil ubatan lain, ini menyukarkan penyerapan vitamin ini dengan optimum. Cuba elakkan pengambilan ubatan lain setelah anda konsum vitamin ini.



3. Vitamin antioksida.

Vitamin A, C dan E melawan kerosakan yang dilakukan oleh radikal bebas yang mana ia akan membantu melambatkan penuaan dan juga penyakit yang berkaitan dengan tua.

4. Vitamin K.

Vitamin ini sangat penting untuk membina dan mengekalkan tulang kuat, menghalang penggumpalan darah dan mengelakkan sakit jantung.

5. Magnesium.

Magnesium memainkan peranan dalam mengawal selia tahap mineral lain seperti kalsium, potasium dan sodium yang membantu mengelakkan kondisi seperti tekanan darah tinggi, renjatan otot, sakit kepala dan sakit jantung.



6. Minyak ikan Omega-3.

Lelaki sepatutnya mengambil omega-6 ke omega-3 dengan ratio 2:1 ke 4:1. Pastikan ia tidak terlalu berbeza rationya.

7. Potassium.

Kandungan potassium yang rendah meningkatkan risiko masalah kardiovaskular terutama sekali tekanan darah tinggi yang menyerang setiap seorang dari tiga orang lelaki dewasa.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen