Isteri Bersalin, Suami Yang Pengsan. Bagaimana Mahu Hargai Pengorbanan Isteri?

Nak tergelak. Tetapi inilah realiti yang berlaku menunjukkan besarnya pengorbanan seorang isteri bagi memastikan zuriat tuan-tuan dapat menjadi penyeri dalam keluarga saat dilahirkan. Untuk menghargai seorang isteri, sebaiknya seorang suami melakukan perkara yang dinyatakan ini. Semoga berjaya!



1. Bertakwa kepada Allah.

Jika yang ini lulus, insyaAllah yang lain juga lulus. Cuma perlu diperhalusi dengan lebih baik saja lagi.

2. Melaksanakan kepimpinan sebagai seorang suami.

Sifat kepimpinan bukanlah karekter seorang kasar. Tetapi lebih kepada sifat mendidik dan tegas.

3. Mengembirakan hati isteri.

Isteri memang sukakan surprise, jadi hargai mereka dengan hal sedemikian.

4. Memberikan nafkah.

Kewajipan seorang suami adalah memberikan nafkah. Jadi, laksanakan dengan sebaik mungkin.

5. Berkasih sayang dan belas kasihan.

Berbuat baik terhadap isteri itu adalah sifat terpuji dan amat disukai oleh Allah. Bahkan mendapat pahala. So, buat jangan tak buat.

6. Bergaul dengan cara yang baik.

Sebagaimana anda boleh berbuat baik terhadap teman rapat anda, jadikan juga isteri anda sebagai teman rapat malah lebih baik daripada itu.

7. Bertanggungjawab.

Ini adalah amanah besar bagi seorang lelaki. Kerana dengan menjadi suami, anda perlu ‘tanggung’ amanah yang besar di dunia dan perlu ‘jawab’ di hadapan Allah kelak.

8. Bersikap terbuka dan bertolak ansur.

Jika anda boleh bertoleransi dengan isteri, itu terbaik. Bukan semua kehendaknya diikuti. Mana yang baik, bagi sajalah.


9. Bijaksana menyelesaikan masalah.

Suami adalah ‘hero’. Bantulah isteri jika dia memerlukan. Saat anda melakukan hal ini, isteri anda sangat menghargai anda.

10. Faham dan empati terhadap isteri.

Kadang kala sifat isteri yang tak keruan, memeningkan juga. Tapi, fahamilah sifat mereka. Baca buku-buku yang membicarakan hal wanita.

11. Selalu berbincang.

Dengan berbincang suami isteri, ia membawa keamanan dalam rumah tangga. Maka, lakukan.

12. Memberikan contoh yang baik kepada ahli keluarga.

Perbanyakkan membaca sifat terpuji Rasulullah s.a.w terhadap isteri dan ahli keluarganya. Kemudian, amalkan.

13. Hindari perkara yang tidak disukai isteri.

Jika ada hal yang tidak disukai isteri, elakkan daripada melakukannya. Kerana itu tanda anda menghargai isteri anda.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen