6 Tahun Tanpa Hubungan Cinta Yang Serius, Susah Nak Move On?

Rata-rata masyarakat kita menganggap Move On itu adalah dengan cara melupakan, tapi ternyata anda silap. Move On adalah apabila kita boleh menerima sesuatu yang bukan hak milik kita berlalu pergi, mungkin juga dia bukan jodoh kita. Semasa kita kecil, ibu kita selalu berpesan pada kita untuk melepaskan sesuatu yang kita sayang seperti mainan atau pakaian. Sudah tentu apabila kita berumur 8 tahun tidak sepadan untuk memakai pakaian berumur 4 tahun.



Otak kita tidak mampu untuk memadam segala memori yang telah kita sendiri alami. Walaupun insan yang kemalangan hingga hilang ingatan akan kembali ingatannya tetapi bukan menyeluruh. Secara emosi, kita telah dewasa dan redha apabila sanggup melihat seorang yang kita sayang bukan milik kita. Percaya kepada takdir Allah swt dan redha dengan ketentuan akan membuat kita semakin kuat.

Hubungan cinta tidak semestinya sebelum kahwin, selepas kahwin juga ramai yang alaminya. Si isteri baru sahaja kehilangan si suami yang hanya dikenali beberapa bulan. Bagaimana si isteri mahu meneruskan kehidupannya tanpa suami tercinta? Mungkin pada yang belum berkahwin boleh pelajari tips ini!


1. Adakah dengan mencari pengganti? Sudah tentu untuk menerbitkan kembali perasaan cinta itu sukar. Tidak semestinya dengan mencari pengganti anda boleh move on. Anda boleh mulakan dengan menyintai diri anda semula. Jika anda sendiri tidak menyintai diri sendiri, bagaimana insan lain ingin mencuba buka hati anda untuk mencintai mereka nanti?

2. Selepas itu, kembali kepada niat. Anda ingin dicintai kerana apa? Kerana anda sunyi dan sepi? Kerana anda memerlukan teman semata-mata untuk menemani anda ketika bosan? Menjadi driver? Menjadi bodyguard? Atau kerana Ilahi?

3. Jika anda mencintai seseorang yang lain, adakah anda ikhlas? Adakah anda tidak akan terbayang kekasih lama? Cuba anda list-kan keburukan kekasih lama anda, jika hubungan anda retak kerana kelemahan si dia, adakah keburukan si dia lebih banyak daripada kebaikan? Tetapi bagaimana pula jika si isteri yang kehilangan suaminya? Catitkan kebaikan si suami, tetapi jangan pula dibandingkan dengan insan yang baru dikenali. Khuatir tidak sampai apa yang anda jangkakan.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen