Benarkah Jika Kita Sudah Ada Cinta Yang Pertama, Kita Tidak Akan Bercinta Untuk Kali Kedua?

AWAS! Stigma masyarakat pada zaman sekarang semakin mencelarukan kita. Apakah kita tidak boleh bercinta untuk kali kedua? Apa yang dimaksudkan dengan cinta kedua? Adakah orang yang sama di beri peluang yang kedua? Apabila kita sudah ada cinta yang pertama, sudah berikrar untuk sehidup semati. Susah senang bersama. Suka duka berlara. Bagaimana kita boleh menyintai orang yang kedua pada masa yang sama?



Sering kita mendengar, orang yang berpisah kerana ada orang ketiga. Tidak adil bagi mereka kerana pasangannya mencintai orang lain pada masa yang sama. Salah siapa? Semuanya bergantung kepada niat diri sendiri. Walaupun pihak lain tidak boleh menilik hati anda, tetapi pergerakan anda ada sahaja orang memerhati dan boleh menilai mengikut pandangan luaran mereka.

Hati dan perasaan adalah milik Allah swt, sering berubah-ubah dan tidak tetap. Berdoa pada Dia mengapa adanya orang kedua di dalam hidup anda? Adakah dia jodoh anda? Atau ujian dan dugaan dari-Nya? Tidak boleh disangkal lagi, lahirnya perasaan sayang pada seseorang adalah lumrah hidup. Tetapi jangan la pula kita mempermainkan perasaan kekasih hati.


Walau bagaimanapun, hati siapa yang tidak terseksa apabila telah di dua kan. Manusia sifatnya tidak sempurna, sentiasa mahukan yang terbaik dan yang terhebat. Ini dinamakan tamak. Apabila kita memiliki sesuatu benda atau seseorang, memperbaiki kelemahan daripada luaran sangat digalakkan bukan nya mencari yang kedua.

Cinta kedua hadir, apabila sifat manusia itu tidak sempurna. Sebagai contoh kekasih pertama sakit terdampar di hospital, maka hatinya sunyi, perlukan teman. Berhati-hati dengan insan seperti ini. Anda hanya lah sebagai pasangan sementara mereka untuk melepaskan rasa bosan. Jika kita percaya takdir Allah swt, tidak mungkin kita suka untuk bahagia di atas kesengsaraan orang lain. Anda harus percaya, jika kita lakukan sesuatu yang buruk pada insan lain, kita turut akan merasakan sesuatu yang lebih buruk bukan hanya pada diri kita, tetapi pada keluarga terdekat.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen