Lelaki Yang Baik Tidak Mencintai Ribuan Wanita, Tetapi Mencintai Wanita Dengan Ribuan Cara. Adakah Itu Ciri Pasangan Anda?

Oleh: Zuzu Yasmine

Dalam pencarian cinta sejati, kadang kala membuat si gadis tersilap langkah dan pilihan. Hanya kerana dikaburi oleh tingkah laku lelaki, hati si gadis yang terluka. Namun, tidak semua lelaki di dunia ini sebegitu, pasti dalam ramai-ramai pencarian terselit seorang yang setia menerima segala kelemahan diri.



Tetapi, bagaimana untuk mengenali lelaki itu adalah lelaki yang baik buat dirinya? Adakah rupa paras yang menjadi ukuran? Ataupun cara pemakaian?

Seorang lelaki yang baik tidak akan menganggap cinta kamu sebagai permainan. Mereka ini juga tidak akan melayan anda hanya sebagai hadiah mahupun trofi yang mudah diperolehi. Ketika menjalinkan hubungan dengannya, kamu juga tidak dijadikan sebagai tempat keseronokan semata-mata. Maka dengan itu, si dia menunjukkan bahawa cintanya terhadap kamu bukanlah satu permainan.

Di samping itu juga, lelaki yang baik ini kelihatan begitu matang ketika melayani kerenah anda. Mereka ini menyedari bahawa seseorang wanita itu perlu dilindungi dan dihormati seperti ibu dan adik-beradik perempuannya. Selain bertindak menjaga dan menghormati maruah wanita, mereka juga ini tidak akan mengambil sedikit pun kesempatan ke atas kamu.



Selain itu, sentiasa menegur dan memberi sokongan ke atas kamu. Mereka ini akan menegur kamu jika kamu melakukan perkara yang negatif, tetapi akan menyokong kamu jika melakukan perkara yang membawa kebaikan. Mereka juga akan mendengar luahan hati serta memberi nasihat yang terbaik untuk kamu. Jika kamu berada dalam masalah, mereka ini akan sama-sama menyelesaikan dan bukanya meninggalkan kamu.

Namun, bagaimana cara untuk mengenali lelaki seperti ini? Sifat lelaki seperti ini selalunya tidak kelihatan secara terang-terangan. Tetapi boleh dilihat melalui pertuturan dan perbuatan yang dilakukan ke atas kamu. Dia juga tidak akan memberitahu akan tahap kesetiaannya terhadap kamu, tetapi boleh dilihat melalui cara dia mencintai dan melayani kamu.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen