Seronoknya Bercinta Dengan Kawan Baik, Tapi Apa Kelebihannya?

Oleh: Zuzu Yasmine

Rasa pelik sebenarnya jika jatuh cinta dengan kawan baik sendiri. Namun apa boleh buat kalau sudah jodoh tertulis begitu. Ia tentu menjadi sesuatu yang menyeronokkan kerana dia adalah kawan baik dan juga kekasih hati anda. Tapi apa yang seronoknya bercinta dengan kawan baik ini? Adakah sama seperti pasangan lain?



1. Lebih memahami berbanding dengan orang lain.

Apa yang seronoknya bila bercinta dengan kawan baik sendiri ini mestilah si dia lebih memahami kita. Sudah lama berkawan tiba-tiba bercinta tentulah sudah mengetahui apa topik perbualan yang dibenci malah makanan kegemarannya pun sudah anda ketahui. Jadi persefahaman yang timbul antara anda dan pasangan adalah lebih mendalam berbanding kekasih yang lain.

2. Lebih banyak masa bersama.

Telah menjadi lumrah anda dan kawan baik gemar meluangkan masa bersama. Jadi jika sudah menjadi pasangan kekasih pasti masa yang terluang lebih banyak bersama. Pelbagai perkara yang ingin dikongsi bersama sehingga tidak sedar banyak masa yang telah anda habiskan. Selain itu juga anda dan pasangan anda lebih selesa bersama. Itu yang tidak perasan masa berjalan. 



3. Tidak risau tentang wajah sebenar.

Perkara ini menjadi lebih selesa apabila anda tidak perlu berselindung di sebalik makeup untuk berjumpa kekasih anda. Jadi jika anda keluar bersamanya tanpa sedikit bedak pun tiada apa yang perlu dimalukan lagi.

4. Mudah selesaikan pertelingkahan.

Bila anda sudah fahami tentang tahap kemarahannya, sudah pasti anda tahu cara mudah untuk menangani setiap perbalahan yang berlaku antara anda dan pasangan. Anda juga tahu tahap ego pasangan anda itu di tahap mana. Jadi setiap pertelingkahan itu tidak akan mengambil masa yang lama untuk diselesaikan.

5. Waktu makan yang lebih selesa.

Setiap pasangan yang baru bercinta sudah pasti agak malu untuk makan bersama-sama terutama bagi kaum wanita. Bila anda bercinta dengan kawan baik anda, tiada lagi perkara yang hendak dimalukan ketika anda dan dia makan bersama. Anda dan pasangan akan lebih menikmati makanan dan menghayati topik perbualan serta suasana.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen