Wajibkah Untuk Isteri Taat Pada Suami?

Saya baru dua bulan berkahwin atas dasar pilihan keluarga. Sebelum berkahwin saya ada berjumpa isteri dan bertanyakan kepada dia sanggup atau tidak dirinya menerima saya. Dia memberitahu bahawa sanggup dan bersedia, tetapi selepas berkahwin lain pula jadinya. Dia beritahu berkahwin hanyalah untuk memuaskan hati keluarga sahaja. Apabila berkahwin, seorang isteri wajib taat kepada suaminya. Selagi mana perintah tersebut bukan pada benda yang tidak baik, maka selagi itulah isteri perlu mengikutinya. Kewajipan seorang isteri ke atas suami adalah selama mana tidak bersalahan pada hal agama.



Pertama, sebelum kahwin isteri sudah sedia dan sanggup. Jadi sudah tidak ada alasan apabila sudah berkahwin. Maka isteri wajib menunaikan sebagaimana yang sepatutnya.

Kedua, seorang isteri yang tidak mengikut perintah suami adalah nusyuz. Iaitu derhaka ke atas suami yang boleh mengundang kemurkaan Allah ke atasnya.



Ketiga, isteri tidak ada hak untuk mengasingkan tempat tidur dengan suami. Apatah lagi sekiranya suami tidak melakukan sesuatu yang bersalahan dengan agama.

Artikel Lain

Tinggalkan Komen