Tiada Lagi Istilah Perigi Cari Timba, Lakukan Enam Perkara Ini Untuk Tambat Hati Jejaka Idaman Anda.

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap wanita pasti mempunyai lelaki idamannya. Tetapi fitrah seorang wanita yang mempunyai sifat pemalu semula jadi menyebabkan mereka ini takut untuk mengambil langkah dahulu. Namun tidak salah jika seorang wanita mencuba memikat hati lelaki yang disukainya. Sedangkan Siti Khadijah sendiri pun melamar Nabi Muhammad SAW, tidak salah jika kaum wanita mengambil langkah sebegini. Ikuti enam langkah ini untuk menambat pilihan hati anda.



1. Jadi diri sendiri.

Antara perkara penting dalam mendekati jejaka idaman adalah anda menjadi diri anda sendiri. Hal ini kerana, apa yang lahir dari perbuatan tanpa dibuat-buat boleh menyebabkan seseorang itu suka kita tanpa sengaja. Jadi jangan malu dengan diri anda. Tunjukkan pada dia siapa diri anda tetapi jangan terlalu menunjuk pula ye.

2. Jaga penampilan.

Penampilan juga memainkan peranan dalam memikat hati jejaka idaman anda. Penampilan yang sopan dan menutup aurat sudah pasti akan memikat hati jejaka yang melihat anda. Jejaka idaman anda pun berhati sejuk sahaja melihat anda. Tidak lupa tambahkan sedikit seri di wajah anda supaya anda menjadi tumpuannya.

3. Sentiasa menyokong.

Sentiasa menyokong setiap keputusan yang baik untuk dirinya agar dia melihat anda sebagai penyokong terbaik. Selain itu juga, sediakan diri anda untuk menjadi tempat segala curahan agar dirinya tahu bertapa pentingnya anda di sisinya.



4. Tingkah laku yang menarik.

Dalam memikat hati jejaka idaman ini sudah pasti penjagaan tingkah laku amat penting. Tidak terlalu kasar dalam percakapan dan mempunyai sedikit batas ketika bergaul sudah pasti akan mampu menarik perhatiannya. Di samping itu tunjukkan sedikit kelembutan dalam diri agar si dia mudah jatuh hati.

5. Tidak mudah putus asa.

Setiap apa yang dilakukan perlulah dilakukan dengan bersungguh-sungguh tanpa ada sedikit putus asa. Jika si jejaka masih tidak memandang anda walaupun pelbagai perkara sudah dilakukan maka, janganlah anda berputus asa. Teruskan berusaha sehingga anda berjaya menambat hatinya.

6. Berdoa.

Selaku orang Islam, sudah pasti berdoa adalah tempat segala pencurahan hati dan permohonan. Maka dengan itu, berdoalah agar apa yang anda hajati itu tercapai. Kerana usaha dan doa adalah saling diperlukan.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen