Mengapa Lelaki Muda Tergugat Apabila Wanita Lebih Memilih Lelaki Yang Lebih Berusia?

Zaman sekarang sudah menjadi trend, si jejaka memilih wanita lebih tua daripadanya, tetapi wanita juga ada yang ingin memilih pasangan yang lebih tua daripadanya. Tak dijangka, trend wanita lebih tua daripada pasangan menjadi pilihan di kalangan remaja, kerana wanita lebih berdikari dan pandai menjaga diri, pendek kata tidak menggedik.

Di tambah pula, wanita zaman sekarang kebanyakan masih single dari golongan 25 tahun ke atas yang telah memiliki pekerjaan sendiri.Wanita dewasa dikalangan umur ini, lebih mementingkan kehidupan yang stabil dan tidak terumbang ambing. Wanita lebih suka merancang kehidupan dan sebahagian daripada mereka tidak suka mengambil risiko yang tinggi. Oleh itu, lelaki yang lebih berusia menjadi pilihan.



1. Mempunyai pekerjaan tetap.

Tidak dinafikan, lelaki yang lebih berusia di kalangan 30 ke atas telah memiliki pekerjaan tetap. Oleh itu, mereka juga telah merancang kehidupan untuk jangka masa yang panjang dan ingin kan kehidupan yang lebih stabil. Selain daripada itu, lelaki dari golongan ini, sudah mempunyai harta sendiri dan sedia untuk berumah tangga tetapi tiada jodoh untuk dipinang. Kemungkinan mereka ini anak emak dan malu untuk memulakan perbicaraan dengan wanita.

2. Berfikiran lebih matang.

Di dalam perhubungan terutamanya pada yang baru bercinta atau ingin ke jinjang pelamin, lelaki berusia lebih teratur perancangannya. Mereka boleh membuat keputusan sendiri dan menyelesaikannya tanpa pertolongan orang lain. Mereka juga tidak membuang masa untuk berfikir lebih panjang atau membiarkan perhubungan anda menjadi tergantung tanpa kata putus. Boleh dikatakan, ada yang berkenalan tidak sampai setahun sudah merancang untuk ke jinjang pelamin, kerana lelaki berusia lebih serius dalam perhubungan anda.

3. Boleh menjadi ketua.

Walaupun wanita sendiri telah mempunyai pekerjaan tetap dan lebih berdikari pada zaman sekarang, namun mereka juga inginkan seseorang yang boleh membimbing mereka. Wanita dikenali dengan sifat lemah lembut, bersikap seperti anak-anak kecil, dan manja. Walaupun di tempat kerja, mereka menjadi boss atau pengurus, namun di hatinya masih lagi ingin dibimbing oleh lelaki. Bimbingan secara fizikal dan mental amat digalakkan seperti sentiasa memberikan kata-kata positif, boleh berfikir daripada segala perspektif dan paling utama sekali boleh menjadi ketua keluarga yang bertanggungjawab.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen